Hi! Welcome Back and Stay Tune! MA63: Pandikar bodoh!, - Shafie - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MA63: Pandikar bodoh!, - Shafie

Pandikar bodoh, tak faham Perjanjian Malaysia 1963, kata Shafie
Jason Santos · Diterbitkan pada 19 Nov 2017 8:27PM
Presiden Warisan, Shafie Apdal mahu hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dikembalikan dan dihormati. – Gambar The Malaysian Insight, 19 November, 2017.

BEKAS menteri Shafie Apdal hari ini mengingatkan speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia mengenai sejarah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditandatangani di antara Malaya dan Sabah, Sarawak dan Singapura.

"Terdapat beberapa individu yang mengatakan Sabah adalah setara dengan mana-mana negeri lain, dakwaan itu adalah bodoh," kata presiden Warisan itu di Keningau, Sabah, hari ini.

Pandikar mendakwa pada Ahad lepas yang Sabah setara dengan mana-mana negeri lain di Malaysia, dengan menyebut Bab 2 MA63 yang bekas tanah jajahan British Borneo Utara (Sabah), Sarawak bersekutu dengan negeri-negeri Melayu.

"Kami tidak memerlukan persekutuan menghormati MA63. Tetapi kami mahu hak kami dikembalikan dan dihormati.

"Pandikar perlu memahami MA63 ditandatangani di antara wilayah Borneo dan Semenanjung Malaysia, yang diwakili bekas perdana menteri Abdul Rahman, bekas ketua menteri Sabah Fuad Stephens, bekas ketua menteri Sarawak Abang Haji Openg dan Lee Kuan Yew, jadi kami tidak boleh mengatakan kami sama seperti negeri lain seperti Perlis," katanya.

Shafie juga mempersoalkan serangan Pandikar terhadap Warisan sedangkan Perdana Menteri Najib Razak sendiri berkata kerajaan persekutuan memerlukan masa untuk mengembalikan hak istimewa negeri semasa mesyuarat agung tahunan PBS pada hujung minggu.

"Tapi lihatlah kita hari ini. Walaupun presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan berkata beliau mahukan rakyat Sabah atau Sarawak menjadi timbalan perdana menteri, perdana menteri tidak memberi sebarang respons.

"Kenapa kita tidak mempunyai seorang rakyat Sabah menjadi perdana menteri?"

Shafie membentuk Warisan pada awal tahun ini, dan parti itu berjaya menarik ramai ahli, termasuk mereka yang berasal daripada parti komponen Barisan Nasional dan pembangkang, PKR dan DAP.

"Kami (Warisan) tidak sombong kerana meminta hak ini. Ada yang bercakap tentang janji kosong dibuat Warisan, tetapi yang membuat tuduhan seperti itu, mereka (BN) sendiri tidak memenuhi janji," katanya.

"Lihatlah lebuh raya Pan-Borneo. Berapa kali anda perlu melakukan perasmian. Empat kali? Dan sehingga hari ini, projek itu belum selesai."

Beliau berkata kerajaan negeri boleh memuji kerajaan pusat kerana peruntukan besar sebanyak RM16 bilion untuk Lebuhraya Pan Borneo, tetapi projek itu belum selesai selepas enam tahun.

Shafie berkata, sebaliknya penduduk Kuala Lumpur hanya menunggu tiga tahun untuk mendapatkan Mass Rapid Transit (MRT) yang bernilai RM27 bilion.

"Terdapat banyak pelanggaran dalam MA63. Kami hanya mahu kerajaan persekutuan mengembalikan dan menghormati hak kami." –  19 November, 2017.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zVtzKE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.