Wujudkan semula aliran Inggeris, kata Rahman Dahlan
Sekolah aliran Inggeris juga dapat mempersiapkan pelajar dengan kepakaran dan kapasiti sesuai untuk menjadi tenaga kerja yang mampu hadapi perkembangan teknologi.
KUALA LUMPUR: Sekolah aliran Inggeris perlu diwujudkan semula di negara ini bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar agar mereka mampu bersaing dalam dunia penuh cabaran pada masa akan datang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Katanya, sebagai bahasa perantara di peringkat antarabangsa, individu yang menguasai bahasa Inggeris akan mempunyai kelebihan berbanding mereka yang tidak menguasainya, apatah lagi dalam kepesatan teknologi yang kebanyakannya berasaskan bahasa itu.
“Saya percaya sekolah (aliran) Inggeris perlu ditubuhkan di negara ini kerana kita ada sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, sekolah swasta, sekolah agama, sekolah antarabangsa dan macam-macam sekolah jadi apa salahnya kita ada sekolah (aliran) Inggeris.
“Malaysia satu ketika dahulu dianggap satu negara yang mempunyai kefasihan bahasa Inggeris yang tinggi, tapi sekarang ini banyak pihak yang memperkatakan bahawa graduan kita tidak menguasai bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Masa Depan Pekerjaan, Tempat Kerja dan Tenaga Kerja hari ini.
Katanya, bagi merealisasikan idea itu semua pihak termasuk pemimpin politik, badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta anggota akademik perlu membincangkan perkara itu secara holistik tanpa menjadikannya polemik politik.
Abdul Rahman berkata pengwujudan sekolah aliran Inggeris juga dilihat sebagai satu langkah dapat mempersiapkan pelajar hari ini dengan kepakaran dan kapasiti yang sesuai untuk menjadi tenaga kerja yang mampu menghadapi perkembangan teknologi pada masa akan datang.
“Banyak kajian mendapati pekerja masa akan datang akan berdepan cabaran cukup hebat kalau mereka tidak memiliki kepakaran dan kapasiti bersesuaian untuk berhadapan dengan teknologi baharu yang akan mengambil alih banyak kerja manusia,” katanya.
Katanya, sebagai persediaan ke arah itu, agensi kerajaan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) telah diberi mandat merangka tindakan mengenal pasti kaedah bagaimana pelajar dan graduan yang berkemahiran dan mempunyai kapasiti tersebut dapat dihasilkan.
Terdahulu dalam ucaptamanya, Abdul Rahman berkata teknologi yang berkembang pesat dijangka memacu gangguan digital dalam setiap industri di negara ini dan berpotensi menyebabkan lebih banyak pekerjaan berdepan risiko ”digantikan”.
Beliau berkata berdasarkan hasil dapatan kertas kerja terbaru Khazanah Research Institute, sebanyak 54% pekerjaan di Malaysia berisiko tinggi digantikan akibat gangguan teknologi menjelang dua dekad akan datang.
“Dari segi tahap kemahiran, lebih 70% pekerja kemahiran sederhana dan 80% pekerja kemahiran rendah bagi semua sektor ekonomi utama adalah berisiko tinggi.
“Secara kritikal, rakyat Malaysia mungkin paling terjejas oleh perpindahan teknologi, memandangkan 90% pekerjaan kemahiran sederhana dikuasai rakyat Malaysia,” katanya.
Persidangan sehari itu dianjurkan TalentCorp, bertujuan membincangkan cabaran pekerjaan, tempat kerja dan tenaga kerja sejajar dengan perkembangan teknologi serta persediaan menghadapi pekerjaan masa depan
FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iy8hLy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment