‘Sabotaj? Kami tak berani guna perkataan itu’
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan dikaitkan dengan unsur sabotaj agar gabungan parti pembangkang itu tidak dapat didaftarkan segera.
Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, Harapan sentiasa memberi kerjasama kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar perkara itu dapat diatasi segera.
"Kami tak mahu guna perkataan sabotaj atau apa-apa pun. Apabila dah diberitahu lewat kerana parti DAP dan Bersatu, kami akan cepat-cepat selesaikannya," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pimpinan Tertinggi Harapan hari ini hadir ke Kementerian Dalam Negeri sebagai usaha bertemu menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan jawapan mengenai kelewatan tersebut.
Bagaimanapun, Harapan yang diketuai Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal bertemu Ahmad Zahid.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, isu dua parti hanya diketahui semasa hadir ke KDN hari ini.
"Kami ada pegawai sekretariat yang selalu berhubung dengan ROS. Tapi, tidak ada pun dinyatakan sebab apa lewat atau masalah.
"Risau juga, hari ini kata itu saja masalah tapi lepas selesai nanti ada lagi masalah lain pula," ujarnya.
Sementara itu, ahli Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, partinya akan menyegerakan tindakan untuk menghantar laporan berkaitan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada ROS secepat mungkin.
"Kita akan minta audit segerakan hal ini untuk memudahkan pendaftaran Harapan," ujarnya ringkas.
[ARTIKEL BERKAITAN:Logo ditolak: Pakatan Harapan akan hantar semula]
Terdahulu, ROS menolak logo Harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.
Mahathir berkata, ROS tidak menerima logo dan simbol sekarang dan telah mengatasi menghantarnya semula namun, ia masih tidak menerima jawapan ROS.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AXgRdA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment