Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengantin Lelaki Cabut Lari di Hari Perkahwinan Kerana Hantaran Terlalu Mahal


Zaman kini, wang hantaran sentiasa menjadi isu kerana rata-rata pihak lelaki terutamanya tidak setuju dengan nilai yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Kebiasaannya, cara paling mudah untuk menyelesaikan konflik urusan wang hantaran ialah melalui perbincangan. Tetapi lain pula yang terjadi kepada pasangan ini.

Arunee Jaengkrachang, 24, dari Bangkok telah merancang untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Boonyang Sawatdee, 26, dan majlis perkahwinan mereka telah ditetapkan pada 22 Oktober yang lalu.


Menurut Oddity Central, segala persiapan majlis perkahwinan telah dibuat oleh pihak perempuan pada hari tersebut yang menelan belanja sebanyak 100,000 Baht (RM12,771). Tetamu juga telah dijemput dan hadir pada hari berkenaan.


Pun begitu, secara tiba-tiba pengantin lelaki, Boonyang yang sepatutnya hadir ke majlis tersebut pada jam 6 pagi telah meminta untuk hadir lewat kira-kira jam 9 pagi kerana masih dalam perjalanan ke destinasi. Menurut Coconuts Bangkok, perjalanan dari rumah lelaki tersebut ke rumah bakal isterinya hanya mengambil masa 45 minit sahaja.


Namun, selepas lama menunggu, Boonyang masih tidak muncul. Disebabkan itu, keluarga pengantin perempuan mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis bagi mencari Boonyang yang telah mereka kenali selama 6 tahun itu di rumahnya.


Lebih mengejutkan keluarga Arunee, sebaik tiba di rumah Boonyang, mereka mendapati ianya kosong tidak berpenghuni! Rupa-rupanya, lelaki itu dan keluarganya telah melarikan diri!

Arunee akhirnya mendapat tahu bahawa pasangannya itu telah melarikan diri kerana tidak dapat menyediakan wang hantaran sebanyak 200,000 Baht (RM25,561) dan barangan kemas walaupun hal tersebut telah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Dengan berat hati, keluarga Arunee terpaksa mengumumkan kepada para jemputan bahawa majlis perkahwinan pasangan itu terpaksa dibatalkan. Akibat daripada situasi ini, Arunee dilaporkan mengalami tekanan perasaan, hampir pengsan serta berhenti kerja kerana malu ditinggalkan pengantin lelaki di hari perkahwinannya. Alahai kesiannya.


Pun begitu, keluarganya dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pihak pengantin lelaki sebagai pampasan kerana mereka telah pun membelanjakan 100,000 Baht (RM12,771) untuk perkahwinan tersebut dan masih berhutang dengan katerer sebanyak 22,000 Baht (RM2,809). Wuish banyaknya!

Kenapalah sampai perlu lari? Hal ini sepatutnya dibincangkan baik-baik antara kedua belah pihak. Tak pasal-pasal ada pihak yang menanggung malu!

Sumber: http://lobakmerah.com


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z2iPsM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.