Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Semua bidang pengajian masih relevan, tapi..." - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Semua bidang pengajian masih relevan, tapi..."

KUALA LUMPUR: Tiada bidang ilmu yang sudah lapuk, tetapi cara pengajarannya mungkin sudah tidak lagi berkesan, kata pakar ekonomi digital.

Pengasas bersama Inisiatif Ekonomi Digital Massachusetts Institute of Technology, Andrew McAfee berkata cara pengajian di universiti yang melibatkan sesi kuliah panjang sudah lapuk.

"Kursus pengajian tidak pernah lapuk tetapi cara mengajarannya sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Cara pembelajaran yang memerlukan kita untuk berada di dewan kuliah sambil menyalin nota daripada papan hitam, pada pendapat saya, sudah jadi satu bahan jenaka," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Persidangan Shape Malaysia’s Future Work di ibu negara.

Beliau mengambil contoh kajian terhadap sekumpulan pelajar di Amerika Syarikat yang mendedahkan pada kebiasaanya otak manusia sentiasa aktif, termasuk ketika tidur.

Bagaimanapun, aktiviti otak turun mendadak ketika menghadiri kuliah.

September lalu, Menteri Pengajian Tingggi Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan pihaknya akan mengganti atau menggabungkan kursus pengajian yang sudah tidak relevan di institusi pengajian tinggi.

Pada masa sama beliau memaklumkan akan memperkenalkan kursus baru selaras dengan Revolusi Industri 4.0.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AeiQOD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.