Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih drastik di hujung tahun - Pakar
Menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid, perkara itu mungkin didorong oleh peningkatan inflasi, hasil peningkatan berterusan harga runcit petrol.
Sejak minggu kedua bulan Oktober sehingga minggu ketiga November, harga runcit minyak petrol RON95 telah meningkat sebanyak 22 sen, RON97 sebanyak 20 sen dan diesel sebanyak 15 sen.
"Melihat kepada konsensus, kemungkinan besar kita akan menghadapi kenaikan inflasi, ekoran kenaikan harga petrol pada bulan Oktober. Kami setuju bahawa inflasi akan lebih tinggi tahun ini, khasnya jika dibandingkan dengan purata jangka panjang inflasi sejak 1990 iaitu kira-kira 2.8 peratus," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.Inflasi Malaysia dicatat pada 4.3 peratus pada September dan 3.7 peratus pada Ogos. Ia mencecah paras puncak tahun ini sebanyak 5.1 peratus pada Mac.
Afzanizam berkata, musim monsun pada hujung tahun juga mungkin akan mengganggu hasil tanaman dan tangkapan hasil laut, sekali gus melonjak naik harga barangan.
Beliau khuatir, situasi itu mungkin bertambah buruk jika terdapat peniaga tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
"Amalan tidak bertanggungjawab seperti manipulasi harga, menyembunyikan stok barangan secara haram dan pencatutan juga boleh mempengaruhi harga barangan dengan sangat drastik.
"Oleh kerana sesetengah barangan ini adalah barangan keperluan asas, pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membelinya. Ini mungkin mendorong sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan,” katanya.
Afzanizam berkata, dalam persekitaran ekonomi sebegini, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu dikuatkuasakan dengan baik.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jamDRR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment