Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kongsi Harga Minyak Global, Fathia Terima Padah Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kongsi Harga Minyak Global, Fathia Terima Padah Lagi

Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon kontroversi Fathia Latiff sekali lagi menjadi bualan hangat pengguna laman sosial Twiiter, kali ini gara-gara dia berkongsi mengenai senarai perbandingan harga minyak beberapa negara di dunia termasuklah Malaysia.

Ternyata perkongsian Fathia itu mendapat pelbagai reaksi negatif netizen sekaligus rata-rata mendakwa bintang drama Ariana Rose sengaja mencari publisiti murahan dan tidak habis-habis ‘menayangkan’ kebodohannya.

Apatahlagi senarai perbandingan tersebut bukanlah senarai terkini sebaliknya senarai yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Justeru, ramai pengikut yang kecewa dan secara sinis menyarankan agar Fathia membuat kajian, belajar mengenai ekonomi dan memperbanyakkan bacaan terlebih dahulu sebelum berkongsi satu-satu fakta atau pandangan yang akhirnya akan memakan diri sendiri.

Status itu turut mendapat lebih 600 komen negatif netizen dan lebih 600 ‘likes’.

Ini bukan kali pertama Fathia dilabel sebagai pelakon yang tidak bijak walaupun umum mengetahui dia mempunyai latarbelakang pendidikan yang bagus. Sebelum ini bekas penuntut lulusan undang-undang ini teruk dikecam netizen ekoran isu ‘tanya PM tak pergi Penang’, isu ‘cashless’ dan kontroversi dia menari di aplikasi Bigo Live.

Barangkali niat Fathia baik dan sekadar mahu sama-sama menyatakan pandangan mengenai isu semasa kenaikan harga petrol dan diesel yang membebankan rakyat.

Namun diharapkan selepas ini Fathia akan lebih berhati-hati dan berfikir dengan lebih mendalam sebelum berkongsi pandangannya.

Jangan nanti kalau orang sudah semakin muak dengan sikap kurang bijaknya, terus membawa pula kepada rasa benci dan secara tidak langsung memusnahkan reputasinya sebagai seorang pelakon berbakat.

The post Kongsi Harga Minyak Global, Fathia Terima Padah Lagi appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hH5f7a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.