Fahami 5 Perkara Penting Ini Sebelum Menikmati Panorama Indah Petaling Jaya
Pemandangan 'sunset' pasti buat anda kagum dan terpesona! (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Jika dilihat pada ketinggian di puncak terbabit, pasti keseluruhan panorama PJ dapat dilihat secara 360 darjah. Malah ia mungkin menjadi lokasi terbaik untuk menikmati suasana matahari terbit dan terbenam.
Namun, apabila ditanya mengenai puncak Bukit Gasing ini, ramai tidak mengetahui cara sebenar untuk ke puncak terbabit kerana ada yang menyangka mereka perlu mendaki.
Rojak Daily Skop! berkesempatan naik ke puncak tersebut dan ini antara perkara penting untuk dikongsi bersama anda:
1. PENINGGALAN KUIL LAMA
Jika naik ke atas perkara pertama yang anda perlu tahu, kawasan terbabit merupakan peninggalan sebuah kuil yang sebahagiannya telah dirobohkan atas faktor keselamatan.
Kuil ini dibina oleh pekerja India yang meletakkan menara Telekom (kini dikenali sebagai TM) pertama di puncak itu npada ketinggian 523 kaki.
Difahamkan pada April 2008, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengarahkan penutupan Kuil Sivan ditutup akibat kerja-kerja pengubahsuaisan.
Biarpun telah diroboh hampir keseluruhannya, sebahagian bangunan kuil terbabit masih digunakan untuk tujuan keagamaan oleh penganut hindu sekitarnya.
2. SELEKOH TUMPUAN RAMAI
Jika sampai ke puncak menara ini, anda pasti dapat melihat orang awam sudah mula mengerumuni sekitar laluan ke puncak terbabit.
Terdapat di bahagian selekoh yang menjadi ‘port’ orang ramai untuk menikmati deruan angin sambil melihat pemandangan indah. Anda boleh parkir kereta di tepi selekoh ini selagi ia tidak menghalang laluan.
Namun, jika mahu menikmati lebih lagi anda harus naik sampai ke puncaknya, hanya beberapa meter saja dari selekoh ini.
3. SAKI BAKI SENI BINA
Tidak pasti bagaimana seni bina asal keseluruhan kuil ini. Namun, biarpun selepas diroboh, anda masih dapat melihat saki baki struktur kuil terbabit.
Selain gerbang pintu masuk ke menara, anda juga dapat melihat seni bina berbentuk ular yang dihasilkan di lereng bukit. Agak panjang dan besar juga saiznya.
Anda dibenarkan untuk melihat keadaan sekeliling dan juga mengambil gambar.
4. PATUHI ARAHAN
Jika anda meninjau keadaan sekeliling hanya dari bawah puncak, tiada masalah untuk anda memakai kasut.
Namun jika anda mahu menikmati pemandangan di bahagian paling atas, anda perlu menanggalkan kasut terlebih dahulu.
Papan tanda turut diletakkan tetapi apabila sudah teruja dengan pemandangan indah, adakalanya kita terlepas pandang. Jadi, jangan terlalu ghairah sehingga mengabaikan arahan berkenaan.
5. KERETA PUN BOLEH NAIK
Bila sebut mengenai Bukit Gasing, ramai yang menyangka mereka perlu masuk ke hutan dan mendaki selama beberapa jam untuk sampai ke puncak ini.
Mungkin ada yang salah faham, puncak menara ini sebenarnya tidak perlu untuk mendaki. Jika dari pintu masuk utama Bukit Gasing, hanya 5 minit saja untuk naik ke atas.
Hanya perlu bawa kereta anda dan parkir di tempat bersesuaian. Jika bimbang sesat, anda boleh rujuk alamat ini, 18, Jalan 5/6G, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Dah tahu 5 perkara penting, senang untuk ke sana tanpa rasa ragu-ragu dan nikmatilah pemandangan indah seluruh PJ sepuasnya!
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hHUZLD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment