Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ramai Yang Tungggu Bila Mahathir Nak Isytihar Harta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ramai Yang Tungggu Bila Mahathir Nak Isytihar Harta



Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicabar supaya mengisytiharkan hartanya dan beliau telah menyatakan kesediaannya namun Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada dirinya akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.



Apa kaitannya beliau menjadi calon atau tidak? Sepatutnya Mahathir yang dituduh mengumpul kekayaan selama 22 tahun itu, melakukan pengisytiharkan hartanya supaya beliau dapat membersihkan namanya.



Bukan disebabkan beliau akan menjadi calon atau pun tidak. Ia adalah mengenai tuduhan kekayaan yang dimiliki oleh beliau serta anak-anaknya dan tiada kaitan pun soal menjadi calon atau tidak.



Memandangkan beliau selalu bercakap mengenai rasuah, maka kini beliau perlu membersihkan dirinya dan salah satu daripadanya adalah dengan mengisytiharkan harta.



Selama ini ramai yang bertanya mengenai harta dan kekayaan Mahathir serta anak-anaknya. Sejak lama dulu soalan mengenai pengisytiharan harta ini ditujukan kepada beliau tetapi beliau tidak melakukannya.



Beranikah beliau melakukannya. Tidak perlu jadi calon pun untuk isytiharkan hartanya.



Sememangnya isu kekayaan Mahathir dan anak-anaknya sentiasa menjadi tumpuan hinggakan Berita Harian dan Utusan Malaysia telah menyiarkan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.



Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya.



“Bagi wanita bertuah yang diberi nama Meera Alyanna atau lebih dikenali dengan Ally, kesempurnaan hidupnya menjadi tumpuan ramai. Beliau yang boleh diumpamakan lahir dalam dulang emas terkenal di media sosial dengan kehidupan umpama selebriti dan sering menggayakan pakaian dan barangan berjenama.



Malah Ally juga sering menjalani percutian mewah di seluruh dunia, serta bertuah kerana menjadi pemilik bot yang dinamakan sempena namanya,” demikian tulis Utusan Malaysia dalam keluarannya pada 12 November lalu.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zXxypW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.