Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Kempunan Makan Asam Pedas Daging, Gara-gara Suami Terbeli Daging Babi. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Kempunan Makan Asam Pedas Daging, Gara-gara Suami Terbeli Daging Babi.


”Mujur Allah SWT gerakkan hati periksa dulu daging itu,” demikian luah sorang wanita yang mendakwa daging yang dibeli oleh suaminya di sebuah pasar di Selayang, adalah daging babi.

Mazliana Abdul Manap, yang berhasrat nak memasak menu asam pedas daging pagi tadi terbantut setelah berasa was-was dengan warna daging yang direndamnya, seperti warna daging babi.

“Nak defrost daging konon nak buat asam pedas daging untuk menu hari ini. Tapi tengok warna daging itu lain. Timbul syak yang itu adalah daging khinzir.

“Hati sudah mula berasa was-was. Buat semakan di laman Google, Yes! Memang warna daging khinzir seperti itu,” tulisnya di Facebook hari ini.

Menurut Mazliana, daging sejuk beku itu dibeli oleh suaminya, Kamarul, di sebuah pasar di Selayang. Sebelum ini juga, mereka pernah membeli daging di tempat yang sama dan tidak pernah berdepan dengan masalah itu.

“Warna daging itu cerah dari daging lembu. Yang ini beli daging beku yang dalam packaging itu. Tetapi di kedai, dia dah potong-potong. Urat-urat daging pun lain.

“Yang jual di pasar itu kan ramai Myanmar. Tauke dia tak tahu bangsa apa,” tulisnya membalas beberapa persoalan dari rakan-rakannya.

Bagi mendapatkan kepastian, Mazliana juga bertanya kepada jirannya berbangsa Cina yang kemudian mengesahkan bahawa daging itu adalah daging babi.


Rakan-rakannya juga turut menasihatkan agar Mazliana membuat laporan berhubung perkara itu bagi mengelakkan pengguna lain yang terkena.

Mazliana berasa serik untuk membeli daging di pasar berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati bila membeli daging beku.

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mKPQb0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.