Hi! Welcome Back and Stay Tune! Awas penipuan guna nama PKPMP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Awas penipuan guna nama PKPMP

CONTOH dokumen palsu yang digunakan oleh sindiket penipuan menggunakan nama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mengingatkan orang ramai tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon atau emel kononnya mewakili mahkamah tertentu.

Menurut PKPMP, ia mengesan beberapa cubaan menipu orang ramai oleh sindiket penipuan yang menelefon atau menghantar emel secara rambang mendakwa mewakili mahkamah tertentu berkaitan kes saman atau pewarisan harta.

"Orang ramai perlu tahu bahawa mahkamah hanya mengeluarkan sapina yang akan diserahkan sendiri atau melalui tangan iaitu penerima dikehendaki menandatangani penerimaan sapina terbabit.

"Penyerahan sapina berkaitan dengan jenayah hanya boleh dilakukan oleh pihak polis manakala untuk perkara selain jenayah, ia dilakukan oleh firma guaman," menurut kenyataan PKPMP.

Justeru, PKPMP meminta orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon individu yang mendakwa daripada pihak mahkamah.

CONTOH dokumen palsu yang digunakan oleh sindiket penipuan menggunakan nama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP).

"Pihak mahkamah tidak akan membuat panggilan secara rambang kepada mana-mana pihak. Maka kita minta orang ramai semak terlebih dulu nombor telefon yang digunakan atau saman terbabit dengan pihak mahkamah bagi memastikan kesahihannya.

"Jangan menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh pemanggil sebaliknya hubungi nombor rasmi mahkamah terbabit dan jangan mudah memberikan maklumat peribadi kepada pihak lain yang tidak dikenali," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang menerima panggilan telefon atau emel sedemikian diminta membuat laporan di balai polis berhampiran.

Modus Operandi Penipuan Menggunakan Identiti dan Nama Mahkamah

1. Penipuan menggunakan panggilan telefon:

Mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak sindiket yang mendakwa bahawa mereka daripada Unit Pendaftaran Saman dan mahu mangsa mengesahkan nombor kad pengenalan.

Pihak sindiket juga meminta mangsa menelefon wakil unit dan jika gagal berbuat demikian, kononnya satu notis saman akan dikeluarkan kepada mangsa, atau

Mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak sindiket dan mendakwa dia mempunyai kes saman dan menuntut mangsa untuk segera hadir ke mahkamah pada hari bercuti atau hari minggu atau memintanya menekan nombor sambungan untuk bercakap dengan pegawai atasan untuk pertanyaan lanjut.

Mangsa kemudian diminta memberi pengesahan maklumat peribadi seperti alamat, nombor kad pengenalan, tarikh lahir dan lain-lain, atau

Sindiket menghubungi mangsa dan mendakwa mereka daripada mahkamah yang mahu mengesahkan identiti pekerja yang bekerja di syarikat mangsa seperti nama penuh, jawatan, nombor kad pengenalan, alamat dan lain-lain, atau

Mangsa menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa dia disapina dan dikehendaki hadir ke mahkamah bagi mengelakkan tangkapan dibuat.

Mangsa juga didakwa mempunyai hutang dan bagi menyelesaikan hutang tersebut, mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk melangsaikan hutang berkenaan.

Justeru, bagi mengelakkan dikenakan semua jenis tindakan itu, mangsa perlu membayar sejumlah wang kepada pihak mahkamah menggunakan akaun bank tertentu yang sebenarnya milik sindiket penipuan terbabit.

2. Penipuan menggunakan emel

Pihak sindiket menghantar e-mel mengatakan mahkamah mengesahkan mangsa adalah waris yang sah bagi mewarisi harta berjumlah jutaan ringgit dan memintanya memasukkan sejumlah yuran ke dalam akaun bank pihak sindiket supaya urusan mewariskan harta itu dapat diproses dengan segera, atau

Pihak sindiket menghantar emel berserta sijil perakuan yang mengatakan mangsa adalah waris yang sah bagi sejumlah harta tertentu serta memberi emel pengesahan untuk mangsa menyemak kesahihan sijil terbabit.

Mangsa kemudian diminta membayar sejumlah wang bagi mahkamah mengeluarkan Surat Kuasa Wakil bagi

pengurusan harta pusaka itu.



Sumber Awas penipuan guna nama PKPMP

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2haaBHz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.