Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kos haji naik 15 peratus, bayaran kekal RM9,980 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kos haji naik 15 peratus, bayaran kekal RM9,980

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) perlu menanggung subsidi hampir RM400 juta, bagi musim haji tahun depan (1439H/2018M), dalam usaha mengekalkan bayaran RM9,980 kepada setiap jemaahnya.

Subsidi itu meningkat sekali ganda berbanding RM200 juta bagi musim lalu, susulan peningkatan kos sebenar sebanyak 15 peratus, menyebabkan kos haji naik kepada RM22,450 seorang, berbanding RM19,550 pada musim lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah, berkata pengekalan bayaran haji RM9,980 yang dilaksanakan sejak 2009 itu adalah inisiatif kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya umat Islam negara ini untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

Beliau berkata, subsidi haji hampir RM400 juta yang ditanggung adalah tanggungjawab sosial korporat terbesar TH, bagi mendukung aspirasi kerajaan mengimbangi keunggulan duniawi dan ukhrawi.

"Ia selaras hasrat kerajaan supaya lebih ramai umat Islam negara ini dapat menunaikan ibadah haji dengan kos yang tidak membebankan.

"Subsidi haji yang akan diberikan kepada seorang jemaah haji muassasah kali pertama ialah sebanyak RM12,470 iaitu 56 peratus daripada kos haji, manakala jemaah haji hanya perlu membayar RM9,980 iaitu 44 peratus daripada kos haji," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, TH menjelaskan bayaran haji itu adalah kos yang paling rendah di Asia Tenggara dengan kemudahan perkhidmatan yang disediakan secara percuma oleh TH sepanjang menunaikan ibadah haji.

Menurut kenyataan itu, demi kebajikan serta keselesaan jemaah haji, pelbagai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh TH di Tanah Suci dan tanah air di tambah baik tanpa sebarang bayaran tambahan seperti perkhidmatan kesihatan, kaunseling, bimbingan dan kewangan.

"Kerajaan yang sentiasa cakna dalam memartabatkan syiar Islam memberikan sokongan yang berterusan kepada TH melalui kerjasama kukuh dimeterai dengan pelbagai agensi kerajaan lain sejak penubuhannya bagi memudahkan rakyat dalam melaksanakan ibadah haji," menurut kenyataan itu.

TH sudah memulakan proses penghantaran surat tawaran menunaikan haji secara berperingkat bermula Isnin lalu.

Sehubungan itu, bakal haji yang berada dalam penggiliran kuota haji bagi tahun 1439H/2018M dan 1440H/2019M dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon masing-masing dengan segera.

INFO

* TH tanggung subsidi RM12,470 setiap jemaah musim haji tahun depan

* TH tanggung subsidi RM9,576 setiap jemaah musim haji lalu



Sumber Kos haji naik 15 peratus, bayaran kekal RM9,980

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iAJ5DC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.