Sarawak Report tidak tahu apa-apa mengenai politik Arab Saudi
Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 6 November 2017
Hari ini, Sarawak Report menyiarkan artikel yang mencadangkan bahawa peristiwa yang berlaku di Arab Saudi berkaitan dengan 1MDB. Itu adalah karut semata-mata dan Sarawak Report sedang berusaha untuk menipu rakyat Malaysia. Sebenarnya, terdapat perebutan kuasa yang sedang berlaku di Arab Saudi dan mereka menggunakan 'korupsi' dan 'membersihkan Kerajaan' sebagai alasan untuk menyingkirkan saingan untuk takhta.
Ini serupa dengan di Malaysia di mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba meletakkan anaknya sebagai Perdana Menteri dan menggunakan 'Selamatkan Malaysia' serta isu 1MDB sebagai alasan untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Ini bukan mengenai menyelamatkan Malaysia atau membersihkan negara tetapi untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Malaysia mempunyai Dasar Ekonomi Baru atau DEB. Oleh itu, untuk melakukan urus niaga di Malaysia, anda perlu mencari rakan kongsi Bumiputera dan memberi mereka 30% atau 51% atau 70% saham syarikat (atau subkontrak) bergantung kepada jenis perniagaan anda - sama ada anda mahukan permit atau AP, sama ada anda ingin menjual sesuatu kepada kerajaan Malaysia, sama ada anda mahukan kontrak atau projek kerajaan, dan sebagainya. Malah, bagi sesetengah perniagaan, ia mestilah 100% Bumiputera.
Arab Saudi juga mempunyai sesuatu seperti DEB. Untuk melakukan urus niaga di Arab Saudi atau untuk menjual sesuatu kepada kerajaan atau untuk mendapatkan kontrak kerajaan, anda juga perlu mencari rakyat tempatan Arab Saudi yang mempunyai hubungan dengan orang dalam yang boleh “membantu” anda. Dan hakikat bahawa Arab Saudi adalah Kerajaan, lebih baik anda mencari salah seorang ahli keluarga diraja atau golongan elit Arab Saudi.
Keluarga Diraja Arab Saudi sangat besar. Keluarga itu dianggarkan terdiri daripada 15,000 ahli. Walau bagaimanapun, majoriti kuasa dan kekayaan dikuasai oleh kira-kira hanya 2,000 ahli keluarga diraja sahaja. Dengan begitu ramai isteri, yang satu-satunya tugas mereka adalah untuk melahirkan zuriat, sedozen atau lebih anak setiap keluarga (atau kadang-kadang setiap seorang isteri) adalah perkara biasa. Dan anda akan mempunyai puluhan saudara tiri yang anda mungkin benci. Jadi, bagaimanakah 2,000 atau 15,000 keturunan diraja Saudi ini meneruskan kehidupan jika mereka tidak mahu merendahkan martabat mereka dengan bekerja tetapi masih ingin menikmati kehidupan sebagai jutawan?
Mereka sudah tentu menjadi imej Ali Baba. Mereka menjadi rakan kongsi 'Bumiputera' tempatan sesiapa sahaja yang ingin melakukan urus niaga di Arab Saudi dan akan mendapat gaji, yuran dan komisen yang besar untuk tidak melakukan apa-apa selain meminjamkan nama mereka dan membuat temu janji untuk rakan kongsi mereka untuk bertemu dengan 'orang yang tertentu'. Jadi ia bukannya rasuah. Ia adalah DEB yang diluluskan negeri untuk menjaga keperluan kewangan golongan elit Saudi yang ramai ini. Jika tidak, mereka akan kecewa dan mungkin akan mahu menggulingkan Raja dan mengambil alih takhta. Sekiranya anda menjaga dan memastikan kerabat dan elit gembira, mereka tidak akan mengganggu anda dan membiarkan sahaja anda sambil mereka menikmati wang mereka.
Ia sama seperti di Malaysia. Sekiranya anda mengizinkan pemimpin Umno untuk membuat wang (seperti dalam kes Shafie Apdal) maka mereka akan menyokong anda dan tidak akan cuba untuk menggulingkan anda. Tetapi jika mereka masih cuba untuk menggulingkan anda setelah membuat berbilion wang, anda tangkap mereka kerana korupsi (seperti dalam hal Shafie Apdal yang setelah untung begitu banyak, beliau berpaling menentang parti yang sama yang membuatkannya kaya).
Jadi, tidak, peristiwa di Arab Saudi adalah tentang perebutan kuasa dan bukannya tentang 1MDB. Dan perebutan kuasa telah berlaku sejak Kerajaan itu ditubuhkan pada tahun 1932. Pada masa lalu perebutan kuasa tersebut dan orang yang dipenggal kepala mereka tidak diketahui - bukan hanya di luar Kerajaan tetapi juga dalam kerajaan - kerana ‘blackout’ media. Hari ini, di zaman revolusi media, sukar untuk menyimpan rahsia di tempat-tempat seperti Arab Saudi dan Korea Utara.
Oleh itu jangan cuba untuk mendalami kes penangkapan di Arab Saudi. Ianya BUKAN mengenai rasuah atau mengenai 1MDB. Ianya sama seperti dalam kes Malaysia di mana Mahathir cuba untuk menyingkirkan Najib supaya Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri. Dan itulah sebabnya DYMM Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, atau lebih tepatnya Putera Mahkota Mohammad bin Salman, menangkap orang-orang seperti itu.
Link asal artikel:
http://ift.tt/2Af45ag
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hN9K0e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment