Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Baru New Zealand Akan Menilai Semula Mandat Bank Pusat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Baru New Zealand Akan Menilai Semula Mandat Bank Pusat

Kerajaan New Zealand telah melancarkan penilaian semula terhadap bank pusat pada Selasa dalam usaha menunaikan janji yang telah dibuat semasa kempen pilihanraya. Kerajaan baru berjanji untuk menambah mandat ‘memaksimumkan pekerjaan’ sebagai matlamat dan asas dalam penetapan polisi RBNZ (Reserve Bank of New Zealand) di masa hadapan.

Menteri Kewangan Grant Robertson berkata tiada perancangan untuk memasukkan dolar New Zealand dalam penilaian semula.

Robertson berkata beliau tidak melihat perubahan ini akan memberi impak dalam masa yang singkat. Namun, beliau menegaskan dalam situasi pengangguran yang tinggi dan inflasi tinggi, kadar faedah boleh diturunkan.

Dolar New Zealand telah jatuh lebih dari 5% sejak pilihanraya September yang disebabkan oleh ketidaktentuan dalam polisi kerajaan baru.

NZD/USD melonjak pagi tadi ke paras 0.6956 selepas pengesahan Robertson bahawa matawang NZD tidak akan dinilai semula.

Sebelum kerajaan baru New Zealand di bawah Jacinda Ardern berjanji untuk menambah mandat baru kepada RBNZ dalam usaha mengukuhkan lagi pasaran pekerjaan di negara itu.

Perubahan yang dicadangkan juga termasuk untuk menggantikan Gabenor sebagai pembuat keputusan dalam polisi monetari dan juga menerbitkan minit mesyuarat bank pusat.

Robertson berkata perubahan ini akan menghasilkan lebih banyak pekerjaan dan menaikkan kadar gaji di negara ini.

Laporan daripada komen Robertson menunjukkan kerajaan akan memperkenalkan rang undang-undang ini seawal tahun depan.

The post Kerajaan Baru New Zealand Akan Menilai Semula Mandat Bank Pusat appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hPGkPj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.