Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir: MYDAC hantar 100 sukarelawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir: MYDAC hantar 100 sukarelawan

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan Bencana Pemuda MIC (MYDAC) menghantar 100 sukarelawan bagi misi bantuan banjir ke Pulau Pinang dan Kedah hari ini.

Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Datuk C Sivarraajh, berkata MYDAC diaktifkan semula selepas bencana banjir yang teruk melanda kedua-dua negeri itu sejak Sabtu lalu.

"Misi MYDAC dibahagikan kepada tiga fasa bantuan yang bermula hari ini dengan memberi bantuan awal berupa makanan dan kelengkapan lain kepada 300 keluarga yang sudah dikenal pasti.

"Fasa kedua membabitkan kerja pembersihan kediaman mangsa yang terjejas.

"Seterusnya fasa ketiga sebaik banjir berakhir, MYDAC akan menghantar bantuan berupa pemeriksaan kesihatan kepada mangsa bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit," katanya pada sidang media pelancaran Misi Bantuan Banjir MYDAC.

Acara pelepasan bendera konvoi MYDAC dilakukan Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan di pejabat Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan di ibu negara, hari ini.

Menurut C Sivarraajh, MYDAC mengalukan sebarang sumbangan daripada orang ramai berupa barangan keperluan harian untuk diserahkan terus kepada mangsa.

"Saya menyeru orang ramai agar merasa simpati seterusnya meringankan tangan untuk menyumbang apa saja keperluan harian untuk mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah.

"Kami tidak mahukan duit cukup sekadar memberi barangan keperluan seperti makanan, lampin, tilam, selimut dan sebagainya.

"Bencana alam bukannya isu yang boleh dirancang untuk meraih kepentingan sendiri. Namun, kita sama-sama punya tanggungjawab untuk menunjukkan keprihatinan kepada masyarakat," katanya.

Sebarang bantuan sumbangan dan pertanyaan boleh menghubungi 03-40431111 atau 016-6152637 (Thiagarajan) MYDAC ditubuhkan pada 2014 rentetan dari bencana banjir yang teruk melanda negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang pada 2014.



Sumber Banjir: MYDAC hantar 100 sukarelawan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iBI1PT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.