Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjara Lebih Penting Bagi Kit Siang Berbanding Mangsa Banjir Di P.Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjara Lebih Penting Bagi Kit Siang Berbanding Mangsa Banjir Di P.Pinang



Ketika negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan anaknya, Lim Guan Eng ditimpa musibah banjir hingga merayu meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Kit Siang pula sibuk dengan perarakan memperingati Anwar Ibrahim 1000 hari di penjara.

Kit Siang sibuk menyertai perarakan tersebut bersama Presiden PKR Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok dan pemimpin pembangkang lain.

Pembangkang terus menyebarkan pembohongan bahawa Anwar adalah tahanan politik, kononnya permainan UMNO dan BN untuk terus kekal sebagai pemerinta

Sebelum ini, Kit Siang begitu sibuk mendekati rakyat Pulau Pinang. Namun apabila negeri itu menimpa musibah akibat banjir kilat yang paling teruk dalam sejarah, Kit Siang lupa rakyat Pulau Pinang.

Ini jelas tindakan Kit Siang turun Pulau Pinang selama ini hanya untuk meraih sokong politik semata-mata. Penjara lebih penting bagi Kit Siang berbanding menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri pemerintahan anaknya.

Bagaimanapun dalam facebook live yang dimuat turun oleh DAP, rakyat menempelak pemimpin Pakatan Harapan yang sibuk membuang masa untuk membuat hari mengingati Anwar ketika rakyat berhadapan waktu genting.

Peter Ash berkata penjara ‘rasanya penjara tak kena banjir’.

Manakala Pat blalang berkata people in Penang and Kedah need ur attention! (rakyat di Pulau Pinang dan Kedah perlukan bantuan!)

Inilah sikap hipokrit pemimpin pembangkang yang selama ini mendabik dada melaung-laungkan kononnya bersama-sama mahu membela nasib rakyat, tetapi akhirnya Anwar juga dipuja seperti dewa sehingga membuat hari memperingatinya dalam masa yang sama melupakan kesusahan rakyat di Pulau Pinang dan Kedah. – Utaranews.com

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h8QOZ7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.