Belum Tentu Tiada Rasuah Jika HARAPAN Perintah
Ahli Parlimen Setiu, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh menyifatkan tindakan pembangkang yang mendakwa RM20 bilion boleh dijimatkan dalam masa setahun dengan mengurangkan ketirisan dalam kerajaan sebagai mengarut.
Menurutnya, rasuah belum tentu terhapus meskipun Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
“Kalau negeri yang mereka perintah sekarang ini masih banyak rasuah, pemimpin mereka pun banyak yang terlibat dengan rasuah, takkan rasuah boleh hapus dalam masa setahun mereka memerintah dan boleh jimatkan RM20 bilion?
“Ini pendekatan tak masuk akal,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Selasa.
Sebelum ini, Bajet alternatif pembangkang memperuntukan RM20 juta untuk membendung anti rasuah serta menggangar pembaziran rasuah adalah sebanyak RM20 bilion.
Mengukuhkan perkara itu, HARAPAN kononnya membuktikan iltizam politik untuk memerangi rasuah dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.
Namun mereka seolah-olah terlupa bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng terlibat dengan skandal rasuah terbesar dalam pembelian banglo mewah dengan Phang Li Khoon.
Mengulas lanjut Zulkifly turut membidas pendidikan percuma yang ingin dilaksanakan pembangkang.
Katanya, ia tidak boleh terjadi di Malaysia kerana cukai yang dikenakan kepada rakyat adalah cukai berkadar sederhana.
“Di negara luar, mereka kenakan cukai sebanyak 38.5 sehingga 57.1 peratus, sebab itu mereka boleh buat pendidikan percuma, tapi Malaysia hanya kenakan GST hanyalah 6 peratus sahaja.
“Cukai kita sederhana sebab itu kita beri pinjaman pendidikan kepada pelajar, dah pinjam bayar balik pinjaman, bukan senang-senang pinjam kemudian tak perlu bayar,” ujarnya. - BNBCC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AgjK9f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment