Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beratur 3 Hari Untuk Beli IPhone X Dan Kemudian… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beratur 3 Hari Untuk Beli IPhone X Dan Kemudian…


Iphone X adalah telefon berspesifikasi tinggi dengan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding iPhone 8 daripada syarikat gergasi teknologi, Apple.

Bermula minggu ini, telefon pintar ini telah ditawarkan di beberapa buah negara termasuk di negara jiran, Singapura.

Seperti pelancaran versi terdahulu, telefon pintar keluaran Apple sentiasa mendapat sambutan yang boleh dikatakan bak goreng pisang panas.

Bukanlah perkara baru jika peminat tegar produk Apple ini sanggup bermalam atau beratur panjang di hadapan Apple Store seluruh dunia semata-mata untuk menunggu giliran membeli telefon pintar pintar berkenaan.

Bagaimaapun sejak semalam, rakaman video memaparkan orang ramai mula beratur panjang di hadapan Apple Store Singapura turut menjadi tular di media sosial.

Menariknya, seorang lelaki daripada ratusan peminat Apple yang ‘berkampung’ di situ merupakan warga Malaysia.

Lelaki yang dikenali sebagai Hairi sewaktu ditemubual wartawan Todayonline memberitahu bahawa dia telah beratur selama tiga hari semata-mata mahu membeli iPhone X.

Mengakui penat kerana tidak cukup tidur, namun Hairi tetap bersyukur dan berpuas hati kerana dirinya dan isteri berjaya menjadi antara yang terawal memiliki telefon pintar keluaran Apple itu.

Sesetengah netizen memuji kecekalan lelaki dari Johor Bahru itu serta mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki peranti idaman selepas tiga hari berada di negara jiran itu.

Bagaimanapun menurut perkongsian netizen di laman sosial, Hairi membeli iPhone X bukan untuk dirinya dan isteri sebaliknya untuk djiual semula di Malaysia dengan kadar harga dua kali ganda daripada harga asal.

Hairi yang menggunakan akaun nama ‘Gua Shidan’ di laman Facebook menjual kembali dua set iPhone X versi 256GB itu pada harga RM9,888 seunit.

Boleh dikatakan RM9,888 itu merupakan satu jumlah harga yang sangat mahal untuk dihabiskan semata-mata untuk telefon pintar, membuatkan netizen memerli tindakan Hairi ekoran meletakkan harga yang keterlaluan.

“Belanja kahwin adik pun tak mahal macam ni,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Yaacob Farhani.

Seperti yang dipaparkan dalam laman Apple Store Malaysia, harga buat iPhone X untuk versi 256GB dijual pada harga RM5,899 berbanding harga yang ditawarkan Hairi iaitu RM9,888.

Bagaimanapun melalui semakan kami hari ini, Hairi telah pun menukar harga penawaran awalnya, iaitu daripada RM9,888 kepada RM7,888.

Tidak dinafikan, trend sanggup beratur panjang demi menjadi pemilik iPhone terawal dan kemudian jual kembali pada harga tinggi sememangnya merupakan modus operandi yang telah lama digunakan segelintir peminat Apple.

Apa-pun, wang ringgit sebenarnya tidak jadi isu buat peminat tegar Apple ini kerana mereka sememangnya sanggup habis ribuan ringgit demi menjadi individu terawal memilik peranti yang memilik teknologi tercanggih. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zDsav7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.