Bapa kejar dan berjaya tangkap suspek larikan anaknya yang berada dalam kereta
Seorang juruteknik berjaya menyelamatkan anak perempuannya selepas dia meminjam sebuah motosikal daripada penunggang yang berada berdekatan untuk mengejar suspek sejauh 10 kilometer (km).
Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang di Taman Mutiara, Sungai Kob pada Ahad dan bapa berkenaan berhenti di kedai perabot bersama keluarganya.
“Selepas keretanya berhenti, juruteknik berusia 29 tahun yang memandu kereta terbabit keluar dan meninggalkan isteri dan dua anaknya berusia sembilan dan 11 tahun di belakang, dengan enjin yang masih belum dipadamkan,” kata Ahmad Nasir.
Tambahnya, tiba-tiba seorang lelaki masuk dan mengunci kereta tersebut. Isteri juruteknik itu lekas melompat keluar dari kereta dengan anak perempuan mereka yang berusia sembilan tahun.
Ahmad Nasir berkata, suspek melarikan diri dengan anak perempuan mangsa yang masih berada di dalam kereta.
“Selepas itu, juruteknik tersebut cepat-cepat meminjam motosikal daripada orang yang ada berdekatan dan mengejar kereta itu sejauh 10km.
“Kereta itu menghentam bahagian belakang kenderaan lain ketika terpaksa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya.
Menurut beliau, juruteknik tersebut menahan suspek dengan bantuan orang awam dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Sumber: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yBCYcZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment