Hi! Welcome Back and Stay Tune! Banjir Di Kedah Surut, Mangsa Banjir Berkurangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Banjir Di Kedah Surut, Mangsa Banjir Berkurangan

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di Kedah setakat 4 petang ini menurun kepada 442 orang berbanding 982 orang pada 9 pagi tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa daripada 112 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di Kuala Muda, Kulim, Baling dan Pendang.

Di Kuala Muda, lima pusat pemindahan masih dibuka iaitu di surau Taman Malinja yang menempatkan 15 orang, Dewan Kampung Bujang (86), Dewan Kampung Sungai Pial (6), surau Kampung Jilid 4/5 (12) dan Dewan Taman Setia Budi (55).

Di Kulim pula sebanyak 42 orang ditempatkan di surau Teluk Binu manakala pusat pemindahan di surau Kampung Baru Jemerli yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula dengan menempatkan 31 mangsa.

Sementara itu, satu pusat pemindahan dibuka masing-masing di Baling di Masjid Kuala Bakong yang menempatkan lapan mangsa dan di Pendang di Dewan Seminar seramai 187 mangsa.

Ramai mangsa banjir telah dibenarkan pulang berikutan air sudah surut dan keadaan cuaca cerah sejak semalam. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybbxlV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.