Helikopter Bawa Mangsa Terperangkap
Sepuluh individu termasuk empat kanak-kanak yang terperangkap di Puncak Bukit Bendera selamat di keluarkan dengan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat, hari ini.
Semua mereka selamat tiba pada 2.38 petang dengan helikopter yang mendarat di padang markas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Padang Tembak, Georgetown.
Mangsa yang terperangkap itu dalam keadaan sihat kerana diberikan makanan dan minuman ketika di Bukit Bendera.
Kanak-kanak, Harish, 8, berkata dia tidak risau walaupun terperangkap di puncak Bukit Bendera berkenaan bersama keluarganya kerana itu pengalaman bagi dirinya.
"Saya tidak takut kerana diberikan makanan dan penginapan di hotel bersama keluarga.
"Malah, saya dapat melihat pemandangan indah ketika berada di puncak Bukit Bendera itu," katanya.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hOHWbM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment