NAFTA Akan Memulakan Rundingan Yang Kelima Seawal 15 November
Berdasarkan sumber terpecaya, beberapa pegawai U.S, Mexico dan Kanada akan mengadakan rundingan pada 15 November bagi membincangkan perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA).
Rundingan NAFTA kelima dijangka akan berlangsung pada 17 November sehingga 21 November di Mexico. Namun dilaporkan beberapa kumpulan daripada 3 negara tersebut akan memulakan perbincangan bermula 15 November nanti.
Menurut salah seorang pegawai, beberapa topik yang akan disentuh nanti ialah isu perkhidamatan, pekerja, tesktil dan harta intelek.
Menurut menteri ekonomi Mexico, rundingan tersebut akan bermula pada 17 Oktober seperti yang telah dirancang dan berkemungkinan permulaan perbincagan akan membincangkan isu tekstil .
Pada bulan lepas, Presiden Donald Trump mengancam untuk keluar daripada perjanjian jika U.S tidak mendapat manfaat seperti dikhendaki. Kenyataan itu dikeluarkan semasa rundingan keempat pada bulan Oktober.
Selain itu, U.S juga membentangkan usulan yang dikaitkan dengan panggilan klausa sunset (sunset clause) iaitu penyeliaan undang-undang yang akan tamat dalam masa yang ditetapkan. Usulan ini menunjukkan NAFTA akan tamat selepas 5 tahun kecuali ahli-ahli yang terlibat setuju untuk melanjutkan perjanjian tersebut.
Menurut salah seorang pegawai, usulan tersebut akan diperbincangkan semula dan berkemungkinan akan terdapat usulan baru mengenai sunset clause.
The post NAFTA Akan Memulakan Rundingan Yang Kelima Seawal 15 November appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ycLJFW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment