“Berat Badan Saya Naik 13KG Dalam Sebulan”
Tidak habis lagi rupanya pasal berat badan Uqasha Senrose yang naik mendadak ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini. Menurut Uqasha, berat badannya naik sebanyak 13 kilogram dalam masa sebulan kerana beliau tidak dapat mengawal selera makan yang tinggi.
Tetapi apabila dirinya diusik berbadan seperti orang beranak empat, gemuk dan sebagainya, Uqasha meluahkan rasa terkilan. Jelasnya dulu beliau sering mendapat jolokan kurus seperti jerangkung kerana terlalu kurus, sekarang pula bila sudah berisi dikatakan pula gemuk.
BACA: Uqasha Senrose Bengang Dilabel Gemuk
“Kata la nak kata apa pun gemuk ke buruk ke asalkan saya gembira! Gemuk is awesome. Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya. Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah ramai pula mengkritik di media sosial”
“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47kg kepada 60 kg sekarang dalam masa satu bulan. Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” jelasnya kepada Media Hiburan.
Rata-rata peminat memberikan kritikan negatif terhadapnya dengan penampilan barunya yang agak berisi. Untuk pengetahuan, ‘body shaming’ bukanlah budaya yang baik. Selain menghina ciptaanNya, kritikan itu juga mampu memberi kesan kepada emosi individu tersebut kerana ia seperti ‘mental bully’. Beringatlah bila ingin berkata-kata (rtky/w)
Video panas artis Malaysia
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zneSQq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment