Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Ya, memang saya ditahan' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Ya, memang saya ditahan'

PELAKON Nadzmi Adhwa mengakui dia adalah pelakon yang ditahan polis akibat kesalahan dadah di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, awal pagi Jumaat lalu.

Nadzmi, 25, dalam satu kenyataan melalui syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn Bhd mendakwa, dia terperangkap sehingga ditahan kerana terlalu mempercayai rakan baik.

"Selepas ditahan, baru saya tahu rakan saya itu sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja. Nasib tidak menyebelahi saya kerana turut ada bersama ketika polis menahannya.

"Kesilapan saya kerana terlalu mempercayai rakan dan terpengaruh. Pengalaman ditahan polis memberi banyak pengajaran kepada saya supaya lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya.

Nadzmi berkata, dia yakin tidak bersalah dalam perkara ini dan sudah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan.

"Saya memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan tidak mahu mengulangi kesilapan sama lagi," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan pelakon drama Hati Perempuan itu ditahan bersama rakan dan adiknya ketika menaiki kereta jenis Honda Jazz.

Mereka ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju berhampiran sebuah stesen minyak selepas curiga dengan tindak-tanduk mereka.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki, polis menemui satu tin berisi daun ganja dan ganja mampat disembunyikan di tempat duduk belakang pemandu.

Turut ditemui botol lut sinar yang diubah suai dipercayai alatan dapur untuk menghisap ganja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hbpdqk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.