Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nilai perdagangan Malaysia - China meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nilai perdagangan Malaysia - China meningkat

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan nilai perdagangan antara Malaysia dan China mencatatkan peningkatan sebanyak 24.8 peratus, dengan jumlah RM213 bilion tahun ini setakat September lalu, berbanding RM171 bilion tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, berkata nilai import ke negara berkenaan berjumlah RM121 bilion, manakala eksportnya RM92 bilion masing-masing bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

DATUK Ahmad Maslan

"Komposisi utama barangan ke China bagi tempoh sama (Januari hingga September tahun ini), terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik berjumlah RM 37 bilion, bahan kimia (RM10 bilion), keluaran petroleum (RM10 bilion) keluaran getah (RM4 bilion) dan gas asli cecair (RM4 bilion).

"Perkembangan aktiviti pelaburan dari china dalam sektor perkilangan juga sedang berjalan dengan lancar.

"Pada 31 disember 2016, sejumlah 220 projek perkilangan dilaksanakan dengan penyertaan dari china membabitkan kos pelaburan RM14 bilion.

"Projek terbabit mewujudkan 33,020 peluang pekerjaan," katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad menjawab soalan Datuk Wira Othman Abdul (BN-Pendang) yang meminta beliau menyatakan jumlah eksport Malaysia ke China sehingga Ogos 2017 dan jenis barangan mengikut nilainya.



Sumber Nilai perdagangan Malaysia - China meningkat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Apv9UT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.