Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terengganu Tawar Pelupusan Percuma Al-Quran Rosak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terengganu Tawar Pelupusan Percuma Al-Quran Rosak

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bersedia membantu pihak berkuasa agama Pulau Pinang melupuskan al-Quran atau kitab-kitab suci rosak akibat banjir yang melanda negeri itu sejak minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata ia akan dilakukan secara percuma menerusi kepakaran dan peralatan dimiliki Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Kita sedia maklum apabila berlaku banjir besar sudah tentu ada masjid dan pusat-pusat pengajian Islam ditimpa musibah banjir dan semestinya ada kitab-kitab suci al-Quran yang rosak.

“Jadi, kita bersedia membantu proses pelupusan tersebut secara percuma (kepada kerajaan Pulau Pinang), mereka hanya perlu tanggung kos pengangkutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelupusan Kiub Abu al-Quran ke laut di perairan Pulau Kapas di sini hari ini.

Ghazali dalam pada itu, menasihatkan pihak pengurusan masjid, surau dan pusat pengajian Islam di negeri ini agar sentiasa meletakkan al-Quran di tempat tinggi dan jauh daripada musibah banjir bagi memelihara keselamatan dan kesuciannya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil itu berkata sebanyak 19 tan kiub abu al-Quran telah dilupuskan sepanjang tahun ini.

“Sementara hari ini, tiga tan kiub abu al-Quran dilupuskan ke laut pada kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dan kedalaman 31 meter,” katanya.

Pelupusan abu al-Quran dalam bentuk kiub itu adalah kali kedua diadakan sejak proses pelupusan dilakukan JHEAT pada 2012. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ybbpTt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.