Digelar Kajol Selepas Video Tular
"Lopeh yo video torsebar, ghamai pulak datang kodai nak masuk minang," kata Norain Khairuddin, 24, gadis yang menjadi tumpuan selepas video mempromosi pakaian dengan loghat Negeri Sembilan tular di laman sosial.
Menurut Norain, idea mempromosi kedai pakaian terpakai atau bundle menggunakan dialek negeri itu dicetuskan oleh abangnya namun tidak menyangka ia menjadi tular di seluruh negara.
"Rasa kelakar pun ada. Macam-macam gelaran saya terima selepas video itu tular. Kajol Senawang, Kakak Trivago, Milah Bundle dan macam-macam lagi yang membuatkan saya rasa geli hati.
"Pada masa sama, kami turut bersyukur kerana niat kami buat video promosi kedai berhasil selepas mendapat sambutan yang menggalakkan.
"Bukan sahaja di negeri ini, malah pelanggan dari Melaka dan Johor turut bertandang ke kedai semata-mata untuk membeli pakaian yang saya tunjukkan dalam video," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya yang mempunyai darah kacukan Siam, terdapat juga individu datang ke kedai bundle itu bukan untuk membeli pakaian tetapi mahu menguratnya malah ada yang mahu masuk meminang.
"Saya tak marah tetapi rasa kelakar. Bukan sahaja yang bujang, malah yang berusia pun ada. Namun saya tetap melayan mereka dengan baik sebagai pelanggan.
"Kedai bundle yang dibuka sejak Disember tahun lalu adalah perkongsian perniagaan. Saya sebenarnya mempunyai butik sendiri di tingkat atas kedai bundle itu," kata anak keenam daripada tujuh beradik itu.
Menurut Norain, salah seorang abangnya pernah tular di laman sosial Jun lalu berikutan mempunyai iras pelakon Bollywood Shah Rukh Khan yang mahu mencari jodoh di alam maya.
"Kali ini saya pula dikaitkan dengan iras seperti Kajol membuatkan kami rasa kelakar. Padahal kami tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana pelakon Bollywood sebelum ini," katanya.
Norain berkata, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan terhadap kedai pakaiannya sehingga ada yang sanggup datang dari jauh.
"Syukur apabila kedai kami kembali ramai seperti waktu baru dibuka dahulu dan terima kasih kepada mereka yang memberi reaksi positif terhadap video promosi saya di laman sosial," katanya anak jati Bahau, Negeri sembilan itu.
Menurut Norain, video itu dirakam dan dimuat naik di satu halaman kumpulan Facebook pada 9 Oktober lalu namun ia mula menjadi popular sejak minggu lalu selepas menerima lebih 1,000 perkongsian dan lebih 400,000 tontonan.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hNEwGt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment