Enam tahun berkawan, Wan dan Mell kini suami isteri
KUALA LUMPUR: Vokalis Sakura Band, Melley Matius atau Mell, sah bergelar isteri kepada pemain dram kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan Hasnan (Wan), jam 9 pagi tadi.
Pasangan selebriti itu diijabkabulkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, negeri kelahiran penyanyi wanita itu.
"Sukar untuk saya gambarkan kegembiraan apabila majlis nikah berjalan dengan lancar. Saya kini dapat menghela nafas lega dan bersyukur semuanya mengikut apa yang dirancang.
"Selepas enam tahun berkawan, akhirnya kami disatukan menjadi suami isteri.
"Apa yang membuatkan Mell tertarik dengan Wan kerana dia seorang yang matang, penyabar dan sangat memahami kerjaya.
"Lebih manis, apabila Wan turut berkecimpung dalam bidang yang sama dan kami dapat berkongsi idea untuk menyerikan lagi industri seni tempatan," kata Mell yang memeluk Islam pada awal tahun ini.
Pasangan ini ditunangkan pada Aidilfitri lalu. Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, manakala di pihak lelaki pula bakal berlangsung di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, pada 24 Disember depan.-BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2i1vQzl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment