Hi! Welcome Back and Stay Tune! SITI HASMAH: SUAMI LARANG SAYA BERTUDUNG - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SITI HASMAH: SUAMI LARANG SAYA BERTUDUNG

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mendedahkan beliau tidak bertudung kerana dilarang suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siti Hasmah berkata demikian ketika ditanya pemberita berkaitan larangan bertudung terhadap pekerja kaunter depan sesetengah hotel di negara ini.

“Saya fikir puan bertanya kepada orang yang salah.

“Saya tidak bertudung, daripada mula sampai sekarang ini saya tak bertudung,” katanya ketika ditanya dalam sidang media.

Beliau kemudian mendedahkan dirinya tidak bertudung kerana tidak mendapat keizinan suaminya.

“Suami saya larang saya bertudung. Bila bertudung kena minta kebenaran daripada suami.

“Saya ada teringin (bertudung) lepas balik dari Makkah, naklah ambik berkat, pakailah tudung, sampai dia (Mahathir) palingkan mukanya,” katanya.

 

Beliau sebelum itu merasmikan simposium “Siti Hasmah: Wanita pencorak masa depan negara” di Bukit Damansara anjuran Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sementara itu, ditanya sama ada wajar atau tidak larangan hotel itu, Hasmah menjawab:

“Hotel ada dia punya undang-undang dan peraturan. Dia nak jaga juga dia punya perusahaan.

“Bagaimana dengan yang lain juga, ada yang mereka bertudung, ada tempat-tempatnya.

“Kalau dalam hotel banyak pelancong datang, tengok orang bertudung mungkin ada perasaan lain sebab dalam negara dia mungkin ada sesuatu perkara yg berlaku berkenaan orang pakai tudung, terutamanya di Eropah.

“Tengok macam Perancis,” kata Hasmah lagi.

– M’kini

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BiHJWr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.