Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sanggup Beratur 4 Hari, Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Hanya RM10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sanggup Beratur 4 Hari, Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Hanya RM10

Sanggup Beratur 4 Hari, Gadis Ini Berjaya Beli iPhone X Hanya RM10

Penantian yang amat berbaloi selepas beratur selama 4 malam. (Gambar: Celcom)

Pada awal November lalu, iPhone X mula dijual secara rasmi di 55 negara terawal.
 
Malaysia tidak tersenarai dalam kelompok pertama ini. Namun, negara jiran kita, Singapura menjadi negara bertuah yang menerima pasaran model iPhone X ini.
 
Ketika pelancarannya, orang ramai terutama pengguna setianya sudah mula beratur panjang. Malah, ada di antara mereka beratur 48 jam awal sebelum Apple Store di Jalan Orchad, Singapura memulakan jualan.
 
Tempoh dua hari nampaknya tidaklah terlalu lama untuk menunggu. Ini kerana rekod itu baru saja dipecahkan oleh pembeli daripada Malaysia pada jualan iPhone X yang bermula hari ini.
 
EMPAT HARI MENUNGGU!

 
Perkara itu didedahkan oleh syarikat telekomunikasi Celcom yang memuat naik gambar pembeli terbabit di Facebook mereka.

Menurut Celcom, gadis terbabit sudah mula beratur di Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid selama empat hari lebih awal. 

Jika dikira mengikut jam, individu terbabit sudah beratur selama 98 jam di hadapan premis terbabit. Dua hari lebih lama daripada pembeli di Singapura!
 
Jika anda fikir individu ini sudah hilang akal, anda mungkin tidak percaya harga yang perlu dibayar oleh gadis ini hanyalah RM10. Yup! Hanya RM10 bagi sebuah iPhone X berkapasiti 64GB!

Memang benar gadis ini cukup bertuah dibandingkan kisah seorang wanita yang dilaporkan semalam terpaksa membeli iPhone 6 kentang (Baca lagi: Model iPhone 'Kentang' Masuk Pasaran, Nak Beli Tak?)

Pada harga serendah RM10 ini, pastinya ramai yang 'makan hati' kerana harga sebenar iPhone X antara yang model iPhone paling mahal ketika ini.
 
Apple iPhone X kini dijual pada harga RM5,149 bagi 64GB manakala RM5,899 bagi 256GB.
 
Antara fungsi baru diperkenalkan termasuklah rekaan gelas pada bahagian depan dan belakang, skrin OLED bersaiz 5.8 inci, cip pemprosesan A11 Bionic, pengecaman wajah Face ID dan pengecas tanpa wayar.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zhXYla

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.