Rugi RM50,000, Rantai Emas Lesap Dalam 15 Saat
TANAH MERAH : Sebuah kedai emas kerugian hampir RM50,000 dalam tempoh hanya 15 saat selepas 10 rantai emas dirompak seorang lelaki.
Suspek memecahkan cermin barang kemas menggunakan tukul besi sebelum melarikan diri jam 10.50 pagi semalam, lapor Harian Metro.
Rompakan berlaku sewaktu tiada pelanggan dalam premis di Jalan Hospital itu. Hanya ada dua orang kakitangan di kaunter, dua lagi di bahagian belakang.
Pekerja Nor Haliza Ibrahim, 20, berkata suspek bertopi keledar dan bertopeng.
"Perompak itu bertindak pantas mengambil beberapa rantai secara tergesa-gesa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal...," katanya.
Menurutnya lagi, seorang rakan sekerjanya cuba mengejar tetapi suspek itu berjaya meloloskan diri. Insiden rompakan dirakam CCTV di premis itu.
Polis daerah Tanah Merah mengesahkan suspek itu, usia 20-an, berjaya melarikan 10 utas rantai dengan meninggalkan tukul.
"Polis giat memburunya," kata DSP Suzaimi Mohamad. Kes disiasat bawah 394 Kanun Keseksaan. - MalayMail
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2mZdrFa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment