Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khalid lega kerusi Parlimen Shah Alam selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khalid lega kerusi Parlimen Shah Alam selamat

 | November 24, 2017
Syarat tauliah yang diamalkan pihak berkuasa agama negeri hari ini terbuka untuk penyalahgunaan.
khalid-shah-alamPETALING JAYA: Khalid Samad bersyukur mahkamah mengenakan hukuman yang lebih rendah terhadapnya sekaligus menyelamatkan kerusi Parlimen Shah Alam yang diwakilinya sejak 2008.
“Alhamdulillah…alhamdulillah, isu denda lebih RM2,000 tidak timbul,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam Salehan Yatim hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,900 kepada Khalid berbanding jumlah asal sebanyak RM2,900 selepas didakwa memberikan kuliah tanpa tauliah pada 2011.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika didenda di mahkamah melebihi RM2,000.

Pengarah komunikasi Amanah itu berkata, syarat tauliah yang diamalkan pihak berkuasa agama negeri hari ini terbuka untuk penyalahgunaan, dan mendakwa tauliah diberi kepada individu yang digemari sedangkan ada individu yang lebih layak untuk mendapatkan tauliah tersebut.

“Saya berpendapat tauliah harus diberikan kepada sesiapa sahaja yang memohon kecuali terbukti individu berkenaan membawa ajaran yang bertentangan dengan syarat pengeluaran tauliah.
“Sesiapa sahaja boleh mohon kecuali mereka terbukti membawa ajaran sesat, politik partisan.

“Penolakan pemberian tauliah bagaimanapun boleh dicabar dan dibahas di mahkamah. Sekiranya terbukti mereka bawa pecah belah dan sesat barulah kita halang dia daripada diberikan tauliah.”

Khalid didakwa pada 16 Ogos 2011 kerana memberikan kuliah di Surau Taman Seri Sementa Klang yang melanggar Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Selangor 2003.

Mahkamah dalam penghakimannya berkata, hukuman denda RM2,900 yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rendah Syariat pada 19 Januari lalu boleh menyebabkan kesan serius kepada Khalid kerana beliau bakal kehilangan kerusi Parlimen Shah Alam.
Beliau diwakili peguam Dr Zulkarnain Luqman manakala defendan diwakili oleh pendakwa syarie Aiman Roslan.


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hZKhnF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.