Hi! Welcome Back and Stay Tune! UMNO PERLU CALON TAHAP MISS WORLD UNTUK MENANG – MAT TAIB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UMNO PERLU CALON TAHAP MISS WORLD UNTUK MENANG – MAT TAIB

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi, bekas naib presiden Umno yang pernah berpaling tadah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyarankan parti itu supaya meletakkan calon berkebolehan.

Katanya, kriteria pemilihan calon itu perlulah sama seperti yang dilakukan ketika memilih ratu cantik di peringkat antarabangsa, iaitu individu yang boleh diterima rakyat serta mampu menandingi calon pembangkang.

“Saya fikir Umno kena berani letak calon yang buat orang ghairah, orang suka dan dengan sendiri orang sebut-sebut, ini nampaknya Umno berani letak calon diterima dan calon imej kurang baik ketepikan.

“Orang nak tengok kali ini DAP, PAS, BERSATU letak calon. Kalau mereka letak yang profesional dan Umno letak calon lekeh nanti maca mana kita nak suruh orang undi calon kita yang tak berapa cemerlang.

“Calon-calon kita yang dihantar oleh BN untuk menang dan calon ini mestilah macam nak masuk Miss World, takkan kita nak hantar yang kemetot je rupanya. Lepas itu kita kata (Ratu cantik ini) ni calon Malaysia dan harap dia akan menang.

“Orang tengok pun alamak, badan lain macam dan macam mana nak bertanding calon, kita kena hantar the best, terbaik dari semua segi,” katanya kepada pemberita pada sidang media menjelang Perhimpunan Agung Umno di Pejabat Umno Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun Muhammad mengingatkan pemimpin Umno supaya tidak terlalu beriya-iya untuk menjadi calon tetapi sebaliknya menyerahkan pemilihan kepada pucuk pimpinan.

“Jangan melobi nak jadi calon berlawan-lawan di bawah. Kita kena tengok sikit diri kita layak ke kita jadi pemimpin. Ini 2017, awak layak jadi pemimpin bawa negara ini sedangkan ada pemimpin lebih baik,” katanya.

Muhammad juga sempat ditanya mengenai tindakannya yang sering melompat parti

Bagaimanapun katanya, tindakan itu sebagai normal memandangkan pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Datuk Onn Jaafar, Tun Musa Hitam dan Datuk Harun Idris juga  pernah berbuat demikian.

“Ia adalah perkara normal, apa yang saya buat adalah normal bukan tidak normal tetapi saya rasa tak nak lawan Umno.

“Umno jadi tak baik sebab pemimpin tak baik, bukan kerana parti tak baik,” katanya.

Untuk rekod Muhammad pernah mentadbir Selangor dari 1986 sehingga 1997, sebelum mengambil keputusan untuk menyertai pembangkang pada 2013.

Beliau menyertai PAS pada 2013, namun kemudian menyertai PKR pada 2015.

Bekas ADUN Hulu Selangor itu bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno September lalu selepas kecewa dengan PKR dan mendakwa parti itu tidak mementingkan agenda perjuangan Melayu mahupun Islam.

Keputusannya kembali ke pangkuan Umno dilihat akan memperkuatkan kempen BN untuk menawan semula Selangor daripada pembangkang yang dipimpin oleh PKR sejak 2008.

– http://ift.tt/15ey8x6

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zh7NzP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.