Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ziyad hadiahkan rumah untuk ibu, ayah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ziyad hadiahkan rumah untuk ibu, ayah

JAGUH paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mendapat ‘durian runtuh’ apabila dihadiahkan sebuah rumah berkembar setingkat di Taman Selayang Mutiara, di sini dengan nilai pasaran kira-kira RM360,000, hari ini.

Rumah itu tanda penghargaan daripada kerajaan negeri Selangor atas kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ziyad yang begitu teruja dengan pemberian berkenaan berkata, rumah itu akan diberikan kepada ibu, Siti Arfah Abdul Rashid dan bapanya, Zolkefli Othman agar kehidupan mereka akan lebih selesa serta harmoni.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas pemberian yang cukup bermakna ini.

“Ini akan meningkatkan lagi semangat saya untuk terus berjuang serta mencapai tahap yang lebih tinggi selepas ini.

“Rumah ini saya berikan kepada emak dan ayah saya. Mereka sekarang tinggal di Batu 12 Gombak dan akan berpindah ke sini supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa,” kata Ziyad selepas majlis penyerahan replika kunci rumah itu, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Caves, Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Ziyad yang ditemani isteri, Zafirah Md Nasir dan anaknya, Zuhayra Zafra berkata, menjadi impiannya sejak kecil untuk membina kediaman buat kedua ibu bapanya dan ternyata hasrat berkenaan berjaya direalisasikan menerusi pemberian kerajaan negeri itu.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Ziyad mendedahkan dia sedang berusaha mencari tiket secara merit untuk menyertai temasya Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia Ogos tahun depan.

Justeru, katanya, dia perlu memastikan balingannya mencapai tahap enam terbaik Asia bagi membolehkannya tampil membuat penampilan sulung bersama atlet normal pada temasya berkenaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A42Y0l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.