SULTAN NAFI PROJEK FOREST CITY GADAIKAN TANAH JOHOR
PROJEK Forest City tidak menggadaikan tanah Johor, bahkan akan menjadi faktor pemangkin pembangunan pesat negeri menerusi pendapatan hasil dan nilai tanah yang semakin meningkat, titah Sultan Johor.
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjelaskan projek tersebut mempunyai lokasi zon antarabangsa bagi pembeli dari luar negara dan pada masa sama mengekalkan hak milik serta rizab tanah Melayu, lapor akhbar Berita Harian.
Menurutnya lagi, pelabur antarabangsa dimaksudkan bukan semata-mata dari China, sebaliknya 40% adalah pelabur tempatan, termasuk pihak kerajaan sendiri yang turut mempunyai saham dalam projek tersebut.
“Bila masa Johor gadai tanah? Gadai apa maknanya? Dengan adanya Forest City, maka negeri Johor bertambah besar. Bukan ambil tanah pergi gadai.
“Di Johor juga ada lot antarabangsa, ada rizab Melayu. Sesiapa boleh beli kalau nak lot antarabangsa, baik Mat Salleh dari England, orang India, Jepun, China, semua berhak. Dia boleh beli tetapi bukan bermakna dia beli tanah itu dia bawa balik negeri masing-masing.
“Tanah di negeri Johor ini ada zon, iaitu zon antarabangsa yang bermakna orang luar boleh beli. Status dia antarabangsa. Di Forest City, kita tak jual tanah, kita jual strata dan strata itu hak milik kekal tanah negeri Johor,” titahnya.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada pertemuan bersama Kumpulan Media Prima sempena Hari Keputeraan baginda ke-59 di Istana Pasir Pelangi.
Baginda bertitah, projek itu juga bukan sahaja memberi banyak pendapatan kepada kerajaan negeri, tetapi menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut meningkat berbanding sebelum ini seperti di daerah Pontian.
“Berapa banyak revenue (pendapatan) kerajaan Johor dapat? Akhirnya bila Forest City siap, assesment (penilaian), cukai pintu, cukai tanah, siapa dapat? Pekerjaan siapa dapat? Pengangkutan, peniaga, peluang pekerjaan. Janganlah center akal.
“Harga tanah kat situ (berhampiran Forest City) semua meningkat. Dulu orang Pontian petik duku saja. Sekarang orang Pontian sudah ada bawa Mercedes Benz. Maknanya, Pontian adalah satu daerah yang akan maju, pesta.
“Dahulu tanah di kawasan itu satu ekar (0.4 hektar) berharga RM100,000, sekarang ia bernilai sehingga RM3 juta,” titah baginda.
Bulan lalu, Perdana Menteri Najib Razak turut membidas pembangkang ketika berucap dalam perasmian Perhimpunan Agung MCA.
Dalam ucapan beliau, Najib menggunakan perkataan “kepala bapak kau” sebagai menjawab kritikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad terhadapnya.
Najib mengulas hasrat Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir yang mahu mengkaji semula semua perjanjian projek antara Malaysia dan China, sekiranya menang pilihan raya umum akan datang nanti.
Menurut Najib, perjanjian kerjasama serta hubungan ekonomi Malaysia dengan China bukan bermakna kedaulatan negara tergadai.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iMalzJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment