Hi! Welcome Back and Stay Tune! SULTAN: DULU PETIK DUKU, ORANG PONTIAN KINI BAWA MERCEDES - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SULTAN: DULU PETIK DUKU, ORANG PONTIAN KINI BAWA MERCEDES

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menafikan Projek Forest City menggadaikan tanah Johor, tetapi berkata ia sebaliknya adalah pemangkin pembangunan pesat negeri itu.

Menurut baginda, projek itu juga bukan sahaja memberi banyak pendapatan kepada kerajaan negeri Johor, tetapi menyebabkan harga tanah di kawasan tersebut dan sekitar meningkat berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh, Sultan Ibrahim menyebut daerah Pontian.

“Harga tanah berhampiran Forest City semua meningkat. Dulu orang Pontian petik duku saja.

“Sekarang orang Pontian sudah ada bawa Mercedes Benz. Maknanya, Pontian adalah satu daerah yang akan maju, pesat.

“Bila masa Johor gadai tanah? Gadai apa maknanya?” kata baginda yang dipetik akhbar Berita Harian, hariu ini.

Menurut Sultan Ibrahim, projek berkenaan mempunyai lokasi zon antarabangsa bagi pembeli dari luar negara serta mengekalkan hak milik serta rizab tanah Melayu.

Pelabur antarabangsa dimaksudkan, kata baginda, bukan semata-mata dari negara China, tetapi sebaliknya 40 peratus adalah pelabur tempatan, termasuk pihak kerajaan sendiri yang turut mempunyai saham.

“Dengan adanya Forest City, maka Johor bertambah besar. Bukan ambil tanah pergi gadai.

“Tanah di negeri Johor ini ada zon, iaitu zon antarabangsa yang bermakna orang luar boleh beli. Status dia antarabangsa.

“Di Forest City, kita tak jual tanah, kita jual strata dan strata itu hak milik kekal tanah negeri Johor,” kata baginda.

Pelbagai pihak, khususnya pembangkang membidas projek Forest City dengan mendakwa kerajaan menjual kedaulatan kepada luar apabila menerima pelaburan daripada China.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara tokoh yang mengkritik projek Forest City.

Kata perdana menteri keempat Malaysia itu projek berkenaan berbahaya kepada kedaulatan negara dan reaksi diterimanya menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan pandangan itu.Dr Mahathir berkata banyak tanah dan kediaman di sekitar Johor Bahru akan dijual kepada warga asing sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah, termasuk keselamatan.

– M’kini

.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2B8dLDT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.