Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUKANG JAHIT DIPENJARA BERI ‘KETERANGAN PALSU’ KES KEVIN MORAIS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUKANG JAHIT DIPENJARA BERI ‘KETERANGAN PALSU’ KES KEVIN MORAIS

SEORANG tukang jahit yang merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, dipenjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan memberi keterangan palsu kepada mahkamah, tahun lalu.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki, menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Yogeswari, 38, yang merupakan saksi pendakwaan ke-37 dalam perbicaraan kes bunuh itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Namirah Hanum memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan turut mengarahkan Yogeswary yang merupakan seorang ibu tunggal membayar kos pendakwaan berjumlah RM1,500.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam J.Jayarubbiny yang mewakili wanita itu  untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan dengan menaikkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM13,000.

Tertuduh juga diperintahkan supaya memfailkan notis rayuan sebelum 30 November.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan  enam saksi pendakwaan dan tiga  saksi pembelaan dalam perbicaraan kes itu.

Yogeswari, didapati bersalah memberi keterangan palsu semasa memberi keterangan sebagai saksi dalam prosiding perbicaraan jenayah di hadapan Hakim Azman Abdullah seperti dalam Lampiran B (Lampiran keterangan palsu) yang dia (tertuduh) mengetahui keterangannya adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Tinggi 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada 11 pagi, 27 September 2016 mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Lampiran B itu merujuk kepada keterangan Yogeswari mengenai kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bernombor PEP 1135 miliknya yang didakwa digunakan untuk melanggar kenderaan dipandu Kevin Morais.

Dalam keterangannya sebelum ini, wanita itu memberitahu mahkamah bahawa pada 2 Ogos 2015 sehingga 11 September 2015, kenderaan itu ada bersamanya pada setiap malam, pada tarikh-tarikh tersebut.

Keterangan itu bercanggah dengan keterangan yang diberikannya kepada Pegawai Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Kedah, Inspektor M.Vasu pada 27 September 2015, iaitu kenderaan tersebut tidak ada bersamanya tetapi seorang lelaki bernama Selvam menyimpan kenderaan itu sepanjang masa pada tarikh-tarikh berkenaan.

Terdahulu, Jayarubbiny merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan wanita itu mempunyai seorang anak perempuan berusia lapan tahun yang masih memerlukan kasih sayang dan itu merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa RayaMohammad Izzat Fauzan memohon tertuduh dikenakan hukuman pemenjaraan dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

“Tindakan tertuduh yang memberi keterangan palsu dalam kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah menyukarkan dan menghalang pihak pendakwaan untuk menggunakan keterangan-keterangan sedia ada untuk menyokong kes itu. Tindakannya juga seolah-olah  cuba melindungi tertuduh dalam kes pembunuhan itu.

“Ia adalah kesalahan serius dan mahkamah perlu mengenakan hukuman setimpal tanpa terpengaruh dengan isu sentimental tertuduh,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ArShpk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.