Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Sarikei Harus Memanfaatkan Setiap Peluang Disediakan Kerajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Sarikei Harus Memanfaatkan Setiap Peluang Disediakan Kerajaan


SARIKEI: Bajet Negeri 2018 yang dibentang Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas merupakan bajet yang perlu dimanfaat seluruh rakyat Sarawak.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo menjelaskan, penduduk Sarikei khasnya perlu memahami bajet tersebut dan menterjemahkan ia kepada kualiti kehidupan masyarakat pada masa akan datang.

"Contohnya, Ketua Menteri mahu seluruh rakyat menerap budaya digital dalam kehidupan untuk kemajuan rakyat sendiri.

"Oleh yang demikian penduduk Sarikei tidak seharus melihat isu tersebut sebagai remeh tetapi ia memerlukan penglibatan penduduk itu sendiri," katanya.

Jelasnya, Sarikei dipilih sebagai perkampung agro yang menggunakan konsep ekonomi digital dan peluang penduduk untuk meningkat taraf hidup begitu cerah terutama dalam bidang pertanian.

"Anak muda digalak mengguna ekonomi digital sebagai medium untuk menggembangkan bakat, kreativiti dan terus mempelajari bidang yang berkaitan agar mampu mentransformasi kehidupan pada masa akan datang.

"Penuntut sekolah seharusnya didedah terlebih awal dan memperbanyakkan latihan berkaitan digital." ujarnya.

Sehubungan itu, bajet 2018 turut memfokuskan kepada menaiktaraf infrastruktur seperti Pusat Inovasi Sarikei, Pusat Pengumpulan Hasil Tanaman, ICT, media dan jalanraya mahupun udara.

"Dengan tersedianya fasiliti tersebut akan memudah dan meningkatkan jaringan perhubungan Sarikei dan dunia luar.

"Justeru penduduk Sarikei harus memanfaat setiap peluang yang tersedia agar ekonomi penduduk akan meningkat dan mampu memacu Sarawak sebagai negeri maju pada tahun 2030," jelasnya.-Sarawakiana


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A47Cez

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.