Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kapal membawa minyak bernilai 18.5 juta dirompak oleh Lanun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kapal membawa minyak bernilai 18.5 juta dirompak oleh Lanun

PUTRA JAYA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengesahkan telah menerima laporan polis daripada Syarikat Pengangkutan Kekal Sdn. Bhd yang melaporkan bahawa vesel milik syarikat berkenaan iaitu Baj Ever Omega telah dibawa lari oleh sekumpulan perompak yang dilengkapi parang pada 22 November 2017, jam 4:00 pagi bertempat di perairan Singkawang Indonesia.

Baj tersebut dilaporkan belayar dari Bintulu, Sarawak menuju ke Butterworth, Pulau Pinang dengan membawa muatan lebih kurang 3,700 tan minyak sawit yang bernilai kira-kira RM18.5 juta.

Dalam laporan berkenaan mengatakan bahawa semasa kejadian 4 kru bot tunda Ever Prosper dan 6 kru baj Ever Omega telah diikat. Baj Ever Omega bersama 6 kru telah ditunda oleh bot tunda yang tidak dikenali  ke lokasi lain. Manakala bot tunda Ever Prosper bersama 4 kru telah ditinggalkan perompak, dan mereka berjaya melepaskan diri seterusnya belayar menuju ke perairan Johor.

Maritim Malaysia telah menerima maklumat mengenai kehilangan  bot tunda Ever Prosper dan Baj Ever Omega pada 22 November 2017 daripada Regional Cooperation Agreement On Combating Piracy and Armed Robbery (ReCAAP), jam 7.08 petang dan, daripada syarikat pada jam 7:10 petang. Syarikat melaporkan bot tunda dan baj terbabit telah  berlepas dari Bintulu pada 18 November 2017, jam 7:00 pagi dipercayai telah dirompak di perairan Indonesia. Bot tunda dan baj dijadualkan tiba ke Butterworth, Pulau Pinang pada 26 November 2017.
   
Berikutan  aduan  tersebut,  Maritim  Malaysia  segera  bertindak  menghubungi pihak berkuasa Indonesia menerusi jaringan komunikasi khas iaitu Western Fleet Quick Response (WFQR) yang menghubungkan pegawai operasi Maritim Malaysia secara terus kepada pegawai operasi pihak berkuasa maritim Indonesia, meminta kerjasama  pihak  berkenaan  untuk  mengesan dan menyelamatkan baj yang hilang. Tindakan ini diambil selaras dengan prosedur operasi semasa Maritim Malaysia bagi menangani kes pelanunan di laut. 

Pada masa yang sama, Pusat Operasi Maritim (POMAR) Maritim Malaysia di Putrajaya  telah melakukan tindakan mengesan bot tunda menerusi sistem pengesanan kapal berdasarkan nombor Maritime Mobile Service Identity (MMSI) bot  tunda tersebut. Semakan mendapati, sistem Automatic Indentification System (AIS) bot tunda Ever Prosper telah dimatikan di perairan Bintulu mulai 18 November 2017, jam 7:12 malam. Sistem AIS bot tunda berkenaan telah diaktifkan semula pada 23 November 2017, jam 8:39 malam di Tg Pengelih, Johor.  

Pada 23 November 2017, jam 6:00 petang pihak Indonesia telah memaklumkan Maritim Malaysia bahawa mereka telah menjumpai Baj Ever
Omega bersama 6 kru (5 Indonesia dan 1 India) dalam keadaan selamat. Namun, Maritim Malaysia meminta pihak berkuasa Indonesia mengesahkan tentang muatan baj berkenaan yang disyaki hilang bersama perompak. Baj akan ditunda ke Tg Pinang, Indonesia oleh kapal TNI Indonesia.

Pada 23 November 2017, jam 12.45 tengahari,  bot Maritim Malaysia dari Daerah Maritim Sedili, Johor telah mengiringi bot tunda Ever Prosper bersama  empat  kru warga Indonesia ke jeti Tg Pengelih untuk siasatan lanjut. Pasukan forensik Maritim Malaysia dari Putrajaya telahpun digerakkan ke Tg Pengelih pada 23 November 2017 untuk melaksanakan siasatan menyeluruh ke atas kes ini. Selain itu, Maritim Malaysia juga akan menjalankan siasatan bersama pihak Indonesia berikutan kejadian rompakan baj telah berlaku di dalam perairan Indonesia.
 
Berdasarkan rekod, kejadian rompakan minyak sawit ke atas bot syarikat ini adalah merupakan kejadian yang keempat. Dua kejadian rompakan pada tahun lepas telah berlaku di perairan Bintulu iaitu pada 3 Jun 2016 melibatkan bot tunda Ever Prosper dan Baj Ever Dignity, dan 25 Oktober 2016 melibatkan bot tunda Even Ocean Silk dan Baj Ever Giant.

Dalam kedua-dua kejadian, jumlah minyak sawit yang telah dirompak ialah kirakira 5,449 tan.

Susulan beberapa kejadian yang berlaku ke atas vesel syarikat yang sama, Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Sarawak telah mewujudkan saluran komunikasi khas dengan syarikat berkenaan supaya bantuan boleh diberi dengan segera. Malangnya dalam kejadian Rabu lepas, saluran komunikasi khas itu tidak digunakan untuk memaklumkan atau mendapatkan bantuan Maritim Malaysia lebih awal.

Sejak tahun 2016, Maritim Malaysia telahpun memulakan langkah proaktif  bekerjasama dengan syarikat Perkapalan Orkim Sdn Bhd, pemilik kapal MT Orkim Harmony  yang pernah  mengalami rompakan pada tahun 2015.  Bagi mengelak kejadian  yang  sama  berulang,  syarikat  telah memaklumkan Maritim Malaysia jadual pelayaran kapal-kapalnya.

Berdasarkan kepada jumlah kapal dan bot yang melalui perairan negara semakin meningkat (contoh lebih 80,000 kapal/bot  melalui  Selat Melaka dan lebih 20,000 kapal/bot di perairan Sarawak) adalah amat mencabar bagi Maritim Malaysia untuk mengawasi kesemua pergerakan kapal dan bot.

Oleh itu, dinasihatkan semua syarikat kapal/bot yang membawa muatan berharga untuk bekerjasama dengan memaklumkan jadual pergerakan aset-aset mereka lebih awal supaya Maritim Malaysia boleh melakukan pengesanan pergerakan kapal/bot mereka menerusi sistem pengesanan yang sedia ada. -RTM Sarawak



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jUIOzM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.