Hi! Welcome Back and Stay Tune! 28 veteran seni terima sumbangan YA1M - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

28 veteran seni terima sumbangan YA1M



KUCHING : Seramai 28 veteran anak seni Sarawak hari ini menerima sumbangan daripada Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M). Menurut Pengerusi YA1M, Datuk DJ Dave, sumbangan tersebut sebagai mengiktiraf jasa-jasa artis tempatan di sini yang menyumbang kepada bidang seni.

 Katanya, seramai 900 artis seni di seluruh negara setakat ini telah menerima sumbangan tidak termasuk bantuan mereka yang masuk hospital dan sakit sejak 2012.

 “Meskipun sumbangan ini tidaklah besar, ia merupakan pengiktirafan kepada semua artis veteran yang sudah berjuang dalam bidang seni .

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan juga prihatin dengan seluruh golongan artis di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia dalam majlis penyampaian sumbangan YA1M yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri di sini, hari ini.

 Yang turut hadir ialah Pemegang Amanah YA1M, Datuk Yusof Haslam dan Datuk A. Rahman Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, Menteri Muda Belia dan Sukan negeri, Datuk Snowdan Lawan serta Timbalan Pengerusi Persatuan Penyanyi Anak Sarawak (PPAS), Matzen Kamri.

 Dalam majlis itu, Nancy turut menyumbang RM10,000 kepada PPAS untuk terus menyumbang bakti kepada golongan seni yang memerlukan. - UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G5dhUU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.