Najib dan penasihatnya percaya PRU14 milik mereka dengan pertolongan Presiden PAS
* Hadi masih cuba main sorok-sorok lagikah dengan pengikut dan para wala'un PAS?
Strategi ini, sekiranya tak berjaya, apa akan jadi agaknya?
Kemenangan PRU14 dalam genggaman Najib
The Malaysian Insight · Diterbitkan pada 19 Mar 2018 7:00AM
Perdana Menteri Najib Razak yakin Umno dan Barisan Nasional mampu berjaya memenangi PRU14 menerusi sekutu baharunya, PAS. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2018
PERDANA Menteri Najib Razak memiliki semuanya untuk melangkah ke medan perang pada penghujung April ini.
Dia ada pakar asing yang menggunakan big data dan bahan analisis lain untuk membantu ahli politik luar negara memenangi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Dia ada kuasa penyandang jawatan yang membenarkannya menggunakan jentera pilihan raya di kawasan DUN dan media untuk menyebarkan tentang pemberian gula-gula jika diperlukan, dapat memberi inspirasi atau menanamkan rasa takut di hati rakyat Malaysia.
Dia pemimpin tertinggi dalam Umno dan tidak perlu risau tentang orang kuat parti itu cuba merendahkannya. Sokongan terhadap Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein terlalu lemah untuk mengatasi mana-mana cabaran kepimpinan.
Tetapi sebab utama kenapa Najib dan penasihatnya percaya bahawa kejayaan akan menjadi milik mereka pada PRU14 ialah kerana hubungan baik dan kuat antara presiden Umno itu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Persahabatan mereka akan memberikan apa yang Umno dan Barisan Nasional (BN) sangat dambakan: pertandingan tiga penjuru di semua kerusi di Malaysia barat.
Sekurang-kurangnya di atas kertas, dengan meletakkan calon di 130 kerusi persekutuan, PAS berharap untuk memainkan peranan sebagai pengacau dan menarik undi daripada calon Melayu yang mungkin akan pergi kepada Pakatan Harapan (PH).
Paling tidak pun, kepimpinan PAS tidak mahu ahli akar umbi mereka ikut hati dan undi untuk calon PH. Mereka percaya senario itu akan berlaku jika berlaku pertandingan satu lawan satu antara BN dan PH.
Jadi, arahan sudah pun dihantar oleh kepimpinan PAS ke semua bahagian untuk meletakkan calon dan memastikan berlaku pertandingan tiga penjuru di seluruh semenanjung Malaysia.
Apa yang mendorong strategi Hadi?
Kombinasi penghinaan terhadap PH dan kepercayaan bahawa kemenangan BN akan memastikan ketuanan politik Melayu berterusan dan terus meletakkan bukan Islam hanya di tepi.
Dan juga keyakinan bahawa akar umbi Melayu Islam akan menyokong penyatuan seumpama itu untuk mengendalikan kerajaan menentang sesuatu yang lebih majmuk dan kepelbagaian dalam kepercayaan politik.
Dan kepercayaan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak peduli terhadap pakatan Dr Mahathir Mohamad-Anwar Ibrahim menyertai PRU14.
Adakah ia akan berjaya?
Angka menunjukkan ia pertempuran sukar untuk PH dengan Bersatu pimpinan Dr Mahathir dan Amanah untuk memenangi akar umbi Melayu Islam berbanding Umno dan PAS yang lebih dikenali.
Dan itu sudah cukup untuk perdana menteri dan sekutu baharunya, Hadi Awang. – 19 Mac, 2018.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FTy76y
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment