Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Melabur Tambahan $2 Bilion Ke Lazada – Memilih CEO Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Melabur Tambahan $2 Bilion Ke Lazada – Memilih CEO Baru

Alibaba hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melabur tambahan $2 bilion ke dalam Lazada Group SA, sekaligus membolehkan Lazada terus bersaing dengan aktif dalam arena e-dagang di rantau Asia Tenggara.

Pelaburan baru ini adalah tambahan daripada pelaburan $1 bilion pada tahun lepas. Ketika pelaburan terakhir, Alibaba mendapatkan pegangan sebanyak 83% pada laman e-dagang Lazada. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pelaburan baru ini akan mengubah pegangan mereka pada Lazada.

Lazada

Dengan pengumuman pelaburan baru ini juga, Alibaba mengumumkan yang mana Lucy Peng akan menjadi CEO Lazada baru. Lucy Peng sebelum ini adalah CEO Ant Financial, iaitu bahagian kewangan digital milik Alibaba.

Selain pada Lazada, Alibaba turut mempunyai pelaburan pada Tokopedia, salah satu laman e-dagang popular di Indonesia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pnT9Dm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.