Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Ialah GrayKey – Kotak Yang Boleh Memintas Sistem Sekuriti iPhone - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Ialah GrayKey – Kotak Yang Boleh Memintas Sistem Sekuriti iPhone

Kami melaporkan tentang kewujudan GrayKey dua minggu yang lalu. Kotak kecil ini boleh dibeli oleh pihak berkuasa untuk memintas skrin kunci keselamatan peranti iOS dan Android. Pihak Grayshift yang menghasilkan GrayKey berkata sistem mereka turut boleh memintas iPhone X yang menggunakan iOS 11.2.5.

Pihak Malwarebytes telah mendapat akses kepada gambar alat yang penuh rahsia ini. Ia adalah sebuah kotak sebesar 4x4x2 inci berwarna kelabu dengan dua sambungan Lightning di bahagian hadapan. Peranti disambung kepada GrayKey selama dua minit untuk memulakan proses pintasan.

Selepas itu ia ditanggalkan dan penantian bermula. Masa yang diambil untuk memintas kod kekunci peranti sepanjang enam angka ialah sekitar tiga hari. Ia akan menjadi semakin lama dengan panjang kod kekunci yang digunakan.

Kandungan peranti kemudian boleh dimuat turun dan pendua penuh boleh diakses oleh pihak berkuasa. Apple setakat ini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai GrayKey. Agak merisaukan ialah bekas kakitangan sekuriti Apple dan agensi keselamatan Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas rekaan GrayKey. Buat masa ini kotak pemintas ini hanya boleh dijual kepada pihak berkuasa sahaja pada harga bermula dari $15,000 (~RM 58,700) sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3GPxo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.