Elak MCA dipandang hina, patutnya tidak sertai Kabinet
MCA juga sedang bergelut untuk menjadi juara Cina. Adakah mereka akan berjaya buktikan di PRU14 ini?
Mengikut Soi Lek, sekarang MCA dipandang hina oleh komuniti cina sendiri.
MCA patutnya tidak sertai Kabinet, kata Soi Lek
Lim Ai Sun · Diterbitkan pada 19 Mar 2018 7:00AM
Bekas presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata parti itu dapat menyuarakan pendapat dan bersikap kritikal terhadap isu semasa jika berada di luar Kabinet. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Mac, 2018
BEKAS presiden MCA Dr Chua Soi Lek berkata jika parti itu terus tidak berada di dalam Kabinet selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, masyarakat Cina tentunya tidak memandang parti itu dengan penghinaan seperti hari ini.
“Saya fikir jika MCA bertegas tidak mahu menyertai Kabinet, kita akan ada lebih ruang untuk atur strategi,” katanya kepada The Malaysian Insight dalam satu temu bual baru-baru ini.
Dr Chua mengetuai MCA ketika PRU13 pada 2013 dan mengisytiharkan parti itu akan meletak jawatan dalam Kabinet jika pencapaiannya lebih teruk berbanding PRU12 pada 2008.
Ternyata pencapaian parti itu lebih teruk berbanding 2008, ketika di bawah kepimpinan Ong Ka Ting, menyebabkan semua pemimpin MCA meletak jawatan dalam Kabinet dan kerajaan.
MCA menang tujuh kerusi Parlimen dan kekal di 11 kerusi DUN di mana ia menyebabkan pengkritik melabelnya sebagai parti 7-11, seperti nama kedai 24 jam yang popular itu.
Pada 2008, pencapaiannya lebih baik sedikit – memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga – 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi DUN yang ditandinginya.
Sebelum itu, MCA biasanya mampu memenangi lebih daripada separuh kerusi Parlimen dan DUN yang ditandinginya sejak kali pertama bertanding dalam PRU pada 1959, kecuali pada 1969 dan 1990 di mana ia menang lebih satu pertiga kerusi yang ditandinginya.
Dr Chua berpegang kepada keputusannya untuk MCA tidak menyertai Kabinet walaupun mereka berada dalam Kabinet sejak kemerdekaan, berkata ini kerana rakyat sudah menunjukkan menerusi dua PRU lepas bahawa mereka tidak mahu parti itu ada dalam kerajaan.
Selepas Dr Chua digulingkan dan diganti dengan presiden sekarang, Liow Tiong Lai dalam pemilihan parti pada penghujung 2013, keputusan keluar daripada Kabinet dibatalkan pada awal 2014.
“Jika kita terus di luar, maka situasi politik kita akan berbeza hari ini. Sekarang rakyat salahkan MCA untuk semuanya kerana MCA sebahagian daripada kerajaan, inilah beban yang kita terpaksa tanggung,” katanya.
Bekas menteri kesihatan itu berkata serangan terbaru terhadap bekas taikun gula Robert Kuok, yang dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat Cina, membuktikan bahawa MCA tidak dapat menjuarai komuniti itu walaupun berada di dalam Kabinet.
“Pemimpin kanan MCA tidak berani untuk membela Kuok, malah timbalan presiden Wee Ka Siong, yang menyerang DAP tentang episod itu juga, tidak berbuat apa-apa,” kata Dr Chua.
Beliau juga mengkritik MCA kerana pencapaian yang teruk berkenaan isu semasa, berkata parti itu tidak menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan politik.
“Ini menyebabkan masyarakat itu tidak menghormati MCA. Jika parti itu tidak menyertai Kabinet semula, kita akan ada lebih ruang untuk menyuarakan pendapat kita tentang isu semasa,” kata bekas ahli Parlimen Labis itu.
Dr Chua berkata jika MCA sebahagian dalam Kabinet sekalipun, parti itu sepatutnya masih ada keberanian untuk memberikan pandangan berbeza sebagai parti komponen BN, tetapi nampaknya keadaan tidak seperti itu.
Pada November tahun lalu, Pengerusi BN Najib Razak mencabar MCA untuk memperbaiki pencapaiannya pada pilihan raya dan menang sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen untuk menjustifikasikan jumlah jawatan dalam Kabinet.
Najib mengingatkan parti Cina itu bahawa ia hanya ada tujuh ahli Parlimen pada masa ini dan perlu memperbaiki keadaan itu bagi mengekalkan kedudukan dalam Kabinet.
“Tetapi jika ada 15, anda akan lebih kuat dalam kerajaan. Beritahu masyarakat Cina: Anda mahu wakil yang kuat atau lemah dalam kerajaan? Pilihan di tangan anda,” kata Najib. – 19 Mac, 2018.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FWwXHC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment