Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pusat Tahfiz Perlu Tingkat Komitmen Bagi Lahir Huffaz Berkualiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pusat Tahfiz Perlu Tingkat Komitmen Bagi Lahir Huffaz Berkualiti


KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menggesa pengusaha dan pengurusan pusat tahfiz di negeri ini berusaha meningkatkan komitmen dalam usaha melahirkan huffaz seperti keluaran pusat tahfiz luar negara.

Beliau berkata, Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) akan terus menyokong dan bersama-sama pusat tahfiz dalam menjalankan aktiviti bagi menggembangkan syiar Islam.

"Kita perlu bersama menggembleng tenaga dalam menggerakkan syiar Islam di Sarawak," katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Hafazan Peringkat Negeri Sarawak anjuran Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Cawangan Sarawak di sini, malam tadi.


Pada majlis tersebut, Dr Abdul Rahman Junaidi turut menyumbangkan RM20,000 kepada PINTA Sarawak untuk menguruskan dan menjalankan aktiviti akan datang.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, dalam keadaan dunia sekarang yang penuh bercelaru dan menghadapi krisis nilai serta akhlak, kerajaan menyedari langkah segera dan lebih proaktif perlu diambil.

"Usaha ini penting untuk memberi penekanan pendidikan agama kerana ia membawa impak yang lebih besar kepada pembangunan modal insan," ujarnya.-Sarawakiana






✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HKKL8s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.