Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wow......PAS akan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wow......PAS akan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara!

* Terengganu dan Kedah pun sepenggal jer dah terhumban. Ini pula nak betulkan keadaan dan masalah negara pula?

Malaysia bukan negara gagal - Hadi Awang 
Astro Awani  -  Mac 19, 2018 05:06 MYT
Malaysia bukan negara gagal - Hadi Awang
ABDUL HADI: Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat. - fotoBERNAMA/Fail
CYBERJAYA: Malaysia bukan sebuah negara yang gagal kerana negara ini kaya dengan pelbagai hasil serta mempunyai potensi yang luas, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Beliau berkata kerajaan sedia ada telah menggubal dasar-dasar yang membawa kebaikan kepada rakyat dan jika perlu, dasar itu perlu ditambah baik agar menyediakan perkhidmatan lebih efisyen. 

"(Dasar) Yang baik dikekalkan dan yang buruk perlu diperbetulkan atau dihapuskan. Bukan semua yang dilakukan oleh kerajaan membawa keburukan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera bersama rakan strategik Gagasan Sejahtera (Gagasan) di sini, malam tadi.

Manifesto itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Gagasan Sejahtera terdiri daripada PAS, Parti  Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). 

Hadi, yang juga Pengerusi Gagasan, menegaskan bahawa PAS akan bersikap adil dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi negara. 

“Sebagai  pembangkang yang matang dan sejahtera, PAS akan menghadapi pilihan raya umum dan tidak menumbang kerajaan dari pintu belakang,” katanya. 

BACA: Hapus GST, bantuan pembelian kereta antara tawaran dijanjikan Gagasan Sejahtera

Manifesto itu merangkumi sembilan teras dan 20 tawaran utama, antara lain mampu menyelesaikan bebanan kos sara hidup rakyat dan menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, membentuk kerajaan berintegriti dan beramanah, penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baharu untuk rakyat.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HKAVTW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.