Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laa......aku tak terbaca pun, rupanya libasan Azmin ini boleh terpenggal kepala! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laa......aku tak terbaca pun, rupanya libasan Azmin ini boleh terpenggal kepala!

Azmin ‘buai’ 10,000 khalayak dengan GST
Low Han Shaun · Diterbitkan pada 17 Mar 2018 8:01PM
– Gambar fail The Malaysian Inisght oleh Nazir Sufari, 17 Mac, 2018.

BUKAN Selangor yang memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga menyusahkan rakyat, kata menteri besarnya Azmin Ali yang membidas kenyataan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini bahawa rakyat Selangor terbeban dengan kerajaan negeri itu.

Dalam ucapan di Karnival Himpunan Rakyat Membangunkan Bangsa Memakmur Negeri di Shah Alam hari ini, Azmin menjawab tentang lima “kelemahan” penyebab masalah di Selangor yang dibangkitkan Najib.

“Apa yang membebankan rakyat? Sayakah yang perkenalkan GST? Selangor yang perkenalkan GST? Siapa yang perkenalkan GST?” jerit Azmin disambut sorakan lebih kurang 10,000 orang.

Najib, ketika melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional di Hulu Selangor minggu lalu berkata, ada lima “kelemahan” kerajaan negeri Selangor yang mana salah satunya adalah cukai negeri.

"Jika kita dengar berita jam 8 malam ada seseorang bernama Najib yang pergi ke Hulu Selangor menyerang saya dan mengatakan saya tidak tahu menguruskan Selangor kerana cukai di sini adalah tinggi," kata Azmin. 

"Saya nak jawab di sini sekarang, Najib! Sudah empat tahun saya dan kerajaan Selangor dengan sokongan pegawai perkhidmatan awam, kami kecualikan cukai negeri kepada semua rumah kampung tradisional."

Azmin berkata selama empat tahun Pakatan menerajui kerajaan Selangor, ia telah berikan kembali lebih RM300 juta kepada rakyat Selangor menerusi pelbagai insentif. 

"Saya turut kecualikan yuran lesen kepada peniaga kecil, bukan sahaja kami berikan modal..kamu boleh tanya kepada datuk bandar atau YDP mana-mana ahli perniagaan yang bayar yuran ini, datang jumpa saya," kata Azmin. 

Berhubung krisis air Selangor dan sungainya yang "kotor" sebagaimana yang didakwa Najib, Azmin berkata Selangor tidak pernah mencatu air sejak beliau menjadi menteri besar.

"Kemudian beliau (Najib) kata Selangor mempunyai sungai yang kotor dipenuhi sampah itu sebabnya di sini ada masalah denggi. Najib! nyamuk Aedes hanya membiak dalam air bersih, kamu faham?" katanya. 

"Kalau betul Selangor ada masalah denggi maknanya sungai di Selangor adalah bersih. Pengetahuan asas macam itu pun beliau tak tahu macam mana boleh jadi perdana menteri?"

"Kemudian beliau (Najib) kata saya tidak tahu bagaimana nak uruskan air di negeri ini..menggunakan Zaini Ujang, penjawat awam untuk serang kami di Selangor. 

"Saya mahu berikan fakta, rizab air Selangor 2017, 3.8% tahun ini 5.4% dan ia akhir tahun ini dijangka akan menjadi 11%.

"Ini bukan berita palsu ini ialah fakta, rizab Sungai Selangor adalah 100%, rizab Sungai Tinggi 100%, Sungai Semenyih 100%, Sungai Langat 99.95%, Sungai Batu 99.63%, Sungai Labu 99.78% dan Tasik Subang 99.2%."

"Saya mahu bawa menteri dan KSU (Zaini) untuk lihat rizab, dan lepas lihatnya, saya nak campak mereka ke dalamnya," katanya. 

Tambah Azmin kemalangan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) yang menyebabkan gangguan bekalan air adalah syarikat swasta dan bukan kerajaan negeri. 

"Splash bukan kerajaan negeri, ia adalah syarikat swasta milik Gamuda, di mana saya boleh masuk rumah orang lain? Kamu faham atau tidak? (Najib)" katanya. – 17 Mac, 2018. 


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G2fAIB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.