TUN M DAH BOSAN JADI PM
SEREMBAN – “Saya bukan nak sangat jadi perdana menteri, dah 22 tahun, dah cemuih (bosan). Tapi atas kepentingan negara dan desakan mereka yang datang berjumpa saya.”
Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di hadapan kira-kira 6,000 penyokong pada Ceramah Perdana Siri Jelajah Pakatan Harapan di sini, malam tadi.
Menurutnya, tindakannya menubuhkan parti Bersatu adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa melakukan banyak kesalahan.
Beliau yang juga Pengerusi Bersatu berkata, gabungannya dengan tiga lagi parti dalam Harapan adalah untuk membentuk kekuatan supaya dapat mengalahkan BN.
“Kita bergabung bukan kerana kita tamak kuasa atau ada niat lain. Tapi nak jatuhkan Najib dan ini juga sebabnya saya tubuhkan parti ini.
“Nak kalahkan BN, usaha kami saja tak mampu jika. Kejatuhan Najib bukan selamatkan parti kami, tapi selamatkan rakyat,” katanya.
Hadir sama, Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden Harapan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Timbalan Presiden Harapan Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng.
– Sinar Harian
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HKTUho
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment