Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelucon apa ni....BN berjuang hak dalam BN? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelucon apa ni....BN berjuang hak dalam BN?

* Akhir-akhir ni kenapa ramai sangat lahirnya Badot?
Dah berapa lama berjuang tuh......takkan sejak kelahiran Malaysia sehingga sekarang tak dapat-dapat? 
Dari dalam rumah sendiri pulak tu!
Apa hasilnya?

BN Sabah sudah lama perjuang isu MA63 - Masidi Manjun
Ruzaini Zulkepli, Astro Awani |  Diterbitkan pada Mac 18, 2018 15:29 MYT
Kerajaan BN di Sabah turut mewujudkan dua jawatankuasa untuk meneliti syarat-syarat MA63 yang dikatakan terhakis untuk rakyat di negeri ini

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan agenda ahli politik yang prihatin dan mahu memperjuangkan hal-hal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, isu MA63 bukan satu isu baharu kerana perkara dalam MA63 telah diperjuangkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Bagi saya isu ini sesuatu yang laris di pasaran dan pasaran tersebut ialah pasaran undi.

"Ini kerana isu MA63 sudah lama wujud dan bagi saya yang paling penting adalah mesti ada ketetapan dalam kita membawa isu ini kepada pihak yang berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Karnival Pendidikan Tinggi Negera (KPTN) 2018 Zon Sabah di 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, hari ini.

Tambah Masidi, Kerajaan BN di Sabah turut mewujudkan dua jawatankuasa untuk meneliti syarat-syarat MA63 yang dikatakan terhakis untuk rakyat di negeri ini.

"Kerajaan telah mewujudkan dua jawatankuasa di peringkat tertinggi yang dianggotai oleh pemimpin-pemimpin daripada Sabah dan Sarawak serta pemimpin-pemimpin persekutuan.

"Perdana Menteri turut memberi perakuan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa dan bersedia mengembalikan kuasa atau hak jika terhakis sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FLblSt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.