Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Menguji Ciri Membuka Pautan Pada Aplikasi Windows 10 Mail Hanya Melalui Pelayar Edge - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Menguji Ciri Membuka Pautan Pada Aplikasi Windows 10 Mail Hanya Melalui Pelayar Edge

Windows 10 hadir dengan beberapa aplikasi secara terbina, termasuk klien emel yang dinamakan sebagai Windows 10 Mail. terkini, melalui versi pembangunan terbaru yang diuji melalui Windows Insider, pihak Microsoft menguji sedikit perubahan pada aplikasi Windows 10 Mail ini.

Melalui ujian yang dilakukan, Microsoft mengehadkan membuka sebarang pautan yang diklik pada Windows 10 Mail hanya dibuka melalui pelayar web Microsoft Edge sahaja.

Microsoft Edge

Perubahan ini akan berlaku, walaupun anda menetapkan pelayar web Chrome atau Firefox sebagai pelayar web utama anda di Windows 10.

Microsoft turut menekankan yang mana Edge menawarkan kadar sekuriti lebih baik, dan pengalaman selari untuk pengguna Windows 10 – termasuk integrasi lain untuk tujuan produktiviti.

Namun, ia mungkin tidak diminati ramai pengguna, terutamanya yang melakukan pelbagai perkara melalui pelayar web alternatif seperti Chrome atau Firefox.

Buat masa ini, ujian ini hanya dilakukan pada Windows Insider sahaja, dan implementasi pada versi akhir bergantung kepada maklumbalas daripada komuniti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GHBQWc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.